Rinpoche dalam TV Nasional Istimewa Hari Wesak!
H.E. Tsem Rinpoche muncul sebagai tetamu utama dalam program “Hari Tersuci Agama Buddha” di TV2 Nasional pada Hari Wesak 2013.
Rinpoche diundang oleh TV2 untuk mendapatkan pendapat beliau berkenaan Hari Wesak. Mereka inginkan segmen ini sebagai sebahagian daripada dokumentari Hari Wesak Istimewa di TV2.
Selain daripada Tsem Rinpoche yang mewakili tradisi Vajrayana di Malaysia dan kawasan sekitarnya, terdapat juga wakil daripada kumpulan Theravada dan Mahayana yang akan menerangkan tentang tradisi masing-masing. Terdapat kecantikan dan kemuliaan di dalam kelainan tradisi agama Buddha.
Saksikan Tsem Rinpoche memberikan penerangan yang padat, senang difahami dan mendalam kepada berjuta-juta penonton tentang kisah hidup Buddha dan agama Buddha.
Hari Wesak atau Hari Vesak, merupakan hari kelahiran Buddha Shakyamuni, mencapai penyedaran dan hari beliau meninggal dunia. Bagi penganut agama Buddha di seluruh dunia, ini merupakan hari untuk memuliakan ajaran Buddha, iaitu Dharma. Ia juga memperingatkan kita tentang kemampuan kita semua untuk mencapai kesedaran seandainya kita mencontohi jejak Buddha Shakyamuni.
Hari Wesak adalah hari tersuci di dalam kalendar penganut agama Buddha. Perkataan Wesak berasal daripada bahasa Sinhalese, “Viskha’, bulan kedua mengikut kalendar kaum Hindu.
Lain negara mempunyai cara tersendiri apabila merayakan Hari Wesak…tetapi kebanyakan mereka menyambutnya dengan pemberian bunga, colok, lilin dan lain-lain kepada Buddha. Kuil-kuil di seluruh dunia mengadakan upacara memuja dan aktiviti masing-masing…dan pada hari tersebut, mereka lazimnya membebaskan haiwan serta memakan makanan vegetarian.
Please support us so that we can continue to bring you more Dharma:
If you are in the United States, please note that your offerings and contributions are tax deductible. ~ the tsemrinpoche.com blog team
Thank you Rinpoche for sharing this clear explanation on the importance of Wesak Day. It reminds us that our goal as Buddhist is to achieve enlightenment and we have the potential as shown by Buddha Shakyamuni.