Thaipusam – Perayaan Dewa Murugan
Malaysia adalah sebuah negara yang benar-benar menerima secara terbuka akan nilai kepelbagaian yang mewujudkan hamparan kebudayaan yang mengagumkan, kepelbagaian bangsa dan agama yang hidup dengan rukun damai dan harmoni secara bersama. Sebagai contoh, perayaan Thaipusam yang disambut di kalangan masyarakat Tamil (India) yang menganuti agama Hindu. Perayaan ini disambut dengan penuh meriah, pelbagai istiadat dan penghayatan keagamaan. Walaupun ianya diraikan di seluruh dunia, di Malaysialah ianya mula bertapak dan berkembang dengan meriah mengatasi apa yang sebelumnya. Ini adalah bukti kepada keharmonian dan kepelbagaian budaya yang menjadi mercu tanda masyarakat Malaysia.
Justeru itu, saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa maklumat mengenai perayaan tersebut, asal-usulnya, bagaimana ianya disambut, dan juga bagaimana jika anda mahu berkunjung ke kawasan-kawasan yang terlibat, dan dimana anda boleh menginap jika anda bercadang untuk membuat lawatan. Saya berharap dengan membaca artikel ini, anda mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang perayaan yang suci, penuh penghayatan dan amat bermakna di Malaysia.
Tsem Rinpoche
SILA AMBIL PERHATIAN: beberapa gambar dan video dalam artikel ini menggambarkan perbuatan penyeksaan diri, termasuk menusuk kulit dengan cangkuk, oleh itu ianya mungkin tidak sesuai bagi mereka yang lemah semangat.
Thaipusam adalah perayaan penganut Hindu yang diraiikan terutamanya oleh kaum India dari masyarakat Tamil. Perkataan ‘Thaipusam’ adalah gabungan nama-nama ‘Thai’, salah satu bulan lunar dalam kalendar Tamil, dan ‘Pusam’, nama untuk buruj yang terbentuk daripada tiga bintang individu. Perayaan ini disambut semasa bulan purnama dalam bulan ‘Thai’, iaitu kira-kira pada bulan Januari ataupun Februari dalam kalendar Gregorian barat. Menurut astrologi India, pada masa ini setiap tahun, buruj Pusam berada pada kedudukan yang tertinggi.
Perayaan ini meraikan kejayaan dewa-dewa mengalahkan unsur kejahatan. Ianya berkaitan dengan Dewa Murugan, yang dilahirkan sewaktu pertempuran antara para asura (makhluk separuh dewa) yang menyerang syurga, dan para dewa. Pada suatu ketika dalam pertempuran, para dewa mengalami kekalahan besar dan tidak dapat menghalang serangan tentera asura, yang diketuai oleh makhluk separuh dewa Surapadma.
Berdepan dengan kekalahan yang bakal berlaku, mereka mengadap Dewa Shiva, yang merupakan salah seorang daripada tiga dewa utama dalam dewata Hindu, sedarjat dengan Brahma dan Vishnu. Di ambang kekalahan, mereka meminta bantuan Dewa Shiva dan meminta beliau menamakan seorang pemimpin yang sesuai yang dapat memimpin bala tentera mereka bagi mencapai kemenangan terhadap para asura. Mereka mengabdikan diri pada Dewa Shiva dan menyembahnya. Dewa Shiva memenuhi permintaan mereka, lalu mewujudkan seorang pahlawan yang gagah perkasa dari kekuasaannya sendiri. Pahlawan ini adalah Dewa Murugan yang dengan serta-merta mengambil pucuk pimpinan tentera cakerawala, lalu memberikan inspirasi kepada para dewa yang akhirnya dapat menewaskan tentera asura yang menyerang mereka.
Justeru itu, sewaktu perayaan Thaipusam, imej Dewa Murugan dihiasi, ditempatkan di atas pedati di hadapan penganut-penganut dan diiringi dalan perarakan yang panjang. Dewa Murugan merangkumi sifat-sifat keberanian, kekuatan, kemuliaan dan keindahan. Selain dari itu, penganut Hindu juga percaya bahawa Dewa Murugan adalah seorang dewa sejagat yang mengurniakan banyak anugerah dan rahmat. Oleh itu penganut yang telah bernazar atau memohon hajat kepada Dewa Murugan, menunaikan nazar mereka dengan menjalani upacara penyeksaan diri. Ini sering dilakukan dengan membawa kavadi, seperti yang dibincangkan di bawah.
Siapakah Dewa Murugan?
Dewa Murugan adalah salah satu dewa Hindu. Beliau mempunyai banyak nama lain termasuk Kartikeya, Subhramanya, Skanda, Shanmuka (Shamuga), Subhramanian, Sadhana, Guha, Sentil, Saravana dan Kumaraswamy. Beliau adalah anak kepada Dewa Shiva dan Dewi Parvati, dan dianggap sebagai penjelmaan ciri-ciri keberanian dan kecerdasan. Ini adalah sebab utama mengapa Dewa Murugan disembah sebagai dewa peperangan dan kemenangan. Beliau juga merupakan pemimpin angkatan dewa yang berani dan telah dicipta untuk memusnahkan syaitan, yang melambangkan kecenderungan negatif manusia.
Lagenda mengatakan bahawa Dewa Shiva dan Dewi Parvati, melimpahkan kasih sayang dengan berlebihan kepada abangnya, Dewa Ganesha. Dewa Murugan memutuskan untuk meninggalkan keluarganya di Gunung Kailash dan berhijrah ke banjaran gunung di India Selatan. Walaupun digesa untuk berpindah balik tinggal bersama-sama keluarga oleh bapanya, Dewa Shiva, Dewa Murugan tidak mengubah fikirannya. Ini adalah sebab mengapa Dewa Murugan lebih disembah di India Selatan berbanding dengan amalan agama di India Utara.
Dewa Murugan memegang ‘vel’ atau tombak di tangannya. Tombak ini yang dikurniakan oleh ibunya Dewi Parvati memiliki kuasa sakti atau kuasa kerohanian ibunya. Adalah dikatakan bahawa Thaipusam adalah hari memperingati Dewi Parvati mengurniakan tombak kepada Dewa Murugan. Tangan yang di sebelah lagi adalah di dalam kedudukan abhayamudra ataupun tanda perlindungan dari ketakutan. Mudra atau isyarat tangan tersebut adalah simbol menghapuskan ketakutan, memberikan penenteraman, keselamatan, kebahagiaan dan perlindungan rohani. Dewa Murugan menunggang burung merak yang melambangkan ketakwaan dan menewaskan semua keinginan nafsu seksual. Burung merak mencengkam ular di kuku, melambangkan kemusnahan tabiat buruk dan segala pengaruh negatif. Oleh kerana Dewa Murugan mewakili kekuasaan dan kekuatan, penganut Hindu juga percaya bahawa beliau menghapuskan segala penderitaan mereka dan memberikan mereka kekuatan.
Dewa Murugan memusnahkan Surapadma, pemimpin berkuasa tentera asura pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Justeru itu, Dewa Murugan dikenali sebagai salah seorang yang paling ditakuti di antara dewa-dewa Hindu lelaki. Beliau dikenali kerana keberaniannya dan sebagai pelindung agama Hindu.
Dewa Murugan sebagai Shanmuka mempunyai enam kepala yang mewakili lima deria dan minda. Enam kepalanya membantu beliau untuk melihat ke semua arah supaya beliau boleh memerangi sebarang masalah yang timbul dari mana-mana hala. Dewa perang yang bermuka enam ini juga mengajar pengikutnya untuk mengharungi kehidupan, membawa diri keluar daripada situasi negatif, pengaruh negatif atau mereka yang mungkin mempengaruhi pengikutnya ke arah enam laluan yang salah, iaitu lobha (ketamakan), Kaama (hawa nafsu), Krodh (kemarahan), moha (kebingungan), mada (keangkuhan) dan matsarya (hasad dengki).
Dewa Murugan mempunyai dua orang isteri bernama Valli dan Devasena. Valli adalah seorang gadis puak dan Devasena pula adalah anak perempuan Indra, raja kepada para dewa. Mereka adalah jelmaan semula dua anak perempuan Vishnu, Amritavalli dan Saundaravalli yang lahir dari matanya. Valli dan Devasena melahirkan rasa cinta abadi terhadap Dewa Murugan dan berzuhud dengan bersungguh sungguh supaya dapat memperoleh Dewa Murugan sebagai suami.
Dengan mengikut perintahnya, Amritavalli menjelma semula sebagai Devasena, seorang anak gadis yang lahir di bawah jagaan Indra di alam syurga. Saundaravalli dijelmakan semula sebagai Valli, seorang gadis di bawah perlindungan Nambiraja, seorang pemburu yang tinggal berhampiran Kanchipuram. ‘Valli’ adalah perkataan Tamil untuk sejenis tumbuhan yang menjalar. Valli ditemui di antara tumbuh-tumbuhan yang menjalar sewaktu ianya masih bayi, oleh kerana itu pemburu yang menemuinya menamakannya Valli.
Para dewa amat gembira setelah peperangan dengan Surapadma berakhir. Pada waktu itulah Dewa Murugan bersetuju untuk mengabulkan doa Indra dan menerima Devasena sebagai isterinya. Perkahwinan ini disambut dengan meriah di Tirupparankundram berdekatan Madurai disaksikan oleh Dewa Shiva dan Dewi Parvati. Ia diikuti pula dengan majlis pertabalan semula Indra di syurga yang dinamakan Amaravati. Dewa yang lain juga ditabalkan semula di alam syurga masing-masing.
Dewa Murugan menjadikan Skandagiri sebagai tempat tinggalnya dan mengembara ke Tiruttani berhampiran dengan Chennai di mana Valli menjaga ladang barli. Selepas beberapa cubaan helah oleh Dewa Murugan, Valli akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengannya sebaik sahaja dia sedar bahawa Dewa Murugan adalah kekasihnya yang dalam penyamaran.
Kavadi
Kavadi Attam, bermaksud ‘tarian bebanan’ adalah upacara persembahan korban yang diamalkan oleh penganut Hindu semasa penyembahan Dewa Murugan. Ia adalah amalan penting semasa perayaan Thaipusam dan amalan membayar nazar kepada Dewa Murugan kerana kebaikannya melalui perbuatan penyiksaan diri.
Kavadi adalah merujuk kepada beban fizikal yang dibawa oleh penganut Hindu untuk meminta bantuan ataupun berterima kasih kepada Dewa Murugan. Bantuan ini biasanya diminta bagi pihak orang tersayang yang memerlukan penyembuhan, ataupun sebagai satu cara untuk mengimbangi hutang rohani atas rahmat atau nikmat-nikmat yang telah diberikan di masa yang lalu.
Para penganut yang mengambil bahagian dalam upacara kavadi akan memulakan perjalanan mereka dan menari sepanjang perarakan dengan membawa pelbagai jenis kavadi.
Asal-usul Kavadi
Rishi Agastya, salah seorang daripada tujuh pendeta Veda yang terkenal dalam lagenda Hindu, beliau ingin membawa dua bukit, Shivagiri dan Shaktigiri ke tempat tinggal beliau di selatan. Beliau menugaskan seorang pengikutnya yang merupakan mahluk separuh dewa bernama Idumban untuk membawa bukit-bukit tersebut kepadanya. Idumban adalah salah seorang daripada mereka yang terselamat daripada perang dewa-asura di antara tentera Dewa Murugan dan tentera Surapadma. Selamat dari peperangan, dia bertaubat dan menjadi penganut Dewa Murugan.
Pada ketika itu, Dewa Murugan baru sahaja diperdayakan oleh abangnya Dewa Ganesha dalam satu pertandingan. Mereka ditugaskan untuk bertawaf mengelilingi alam semesta sebanyak tiga kali. Apabila Dewa Murugan menunggang meraknya dan terbang disekeliling alam semesta sebanyak tiga kali, Dewa Ganesha dengan penuh hormat bertawaf mengelilingi kedua orang tua mereka dan telah dianugerahkan buah kebijaksanaan. Dewa Ganesha telah menunjukkan rasa patuh dan penuh hormat kepada ibubapanya kerana beliau melihat seluruh alam terletak dalam diri ibubapa mereka. Apabila Dewa Murugan kembali dengan burung meraknya dia mendapati bahawa hadiah tersebut telah dianugerahkan kepada Dewa Ganesha.
Dalam keadaan marah, Dewa Murugan berikrar untuk meninggalkan rumah dan keluarganya. Beliau tiba di kawasan yang dipanggil Tiru Avinankudi di Adivaram, yang bermaksud ‘kaki bukit Shivagiri‘. Dewa Shiva memujuk Dewa Murugan dengan mengatakan bahawa Dewa Murugan sendiri adalah buah ‘Pazham / pala’ yang merangkumi segala kebijaksanaan dan pengetahuan. Justeru itu, tempat itu dinamakan Pazham-nee ataupun Palani, yang bermaksud ‘anda adalah buah tersebut’. Sejurus selepas itu, Dewa Murugan membawa dirinya ke bukit dan menetap di dalam keadaan yang aman dan kesendirian.
Idumban membawa bukit Shivagiri dan Shaktigiri diatas bahunya di dalam bentuk kavadi, satu di bahu kiri dan satu lagi di bahu kanan. Apabila dia sampai di Palani, dalam keadaan keletihan, Idumban meletakkan kavadinya dibawah supaya dia dapat berehat.
Apabila Idumban mahu meneruskan perjalanannya, dia tidak dapat mengangkat ke dua-dua bukit tersebut. Dewa Murugan telah menjadikan mustahil bagi Idumban untuk mengangkat bukit-bukit itu. Idumban melihat seorang budak laki-laki bercawat tradisional di salah satu puncak bukit. Dia mengarahkan budak lelaki itu meninggalkan puncak bukit itu supaya beliau dapat meneruskan tugasnya. Kanak-kanak itu enggan menuruti permintaan Iduman yang berkali-kali. Hilang pertimbangan dan kesabarannya, Idumban menyerang kanak-kanak itu dengan kekuatan separuh dewanya dan kehebatan seorang pejuang. Walau bagaimanapun, dia agak terkejut kerana dia tidak dapat mengusir budak laki-laki itu. Sebaliknya, Iduman mencederakan dirinya sendiri dalam proses pengusiran tersebut.
Menyedari siapa sebenarnya budak laki-laki itu, Idumban kembali tenang dan melipat tangan untuk memberi hormat. Dewa Murugan menukar rupanya kembali biasa dan berkata bahawa beliau amat gembira dengan kesetiaan Idumban terhadap guru dan keazamannya. Pada hari itu dan seterusnya, Dewa Murugan melantik Idumban sebagai pengawalnya.
Dewa Murugan juga mengisytiharkan bahawa mereka yang membawa kavadi, yang mana melambangkan kedua-dua bukit yang ditanggung oleh Idumban, dan berdoa kepadanya akan menggembiraknnya. Idumban berdoa seperti yang berikut, yang diterima oleh Dewa Murugan:
- Sesiapa yang membawa kavadi di atas bahu mereka dan berdoa di kuil-kuil selepas mengambil nazar, akan mendapat restu daripada Dewa Murugan.
- Bahawa dia telah diberikan hak istimewa untuk mengawal pintu masuk bukit.
Maka bermulalah amalan tradisional membawa kavadi selepas bernazar atau membuat ikrar untuk memohon rahmat, ataupun berterima kasih atas nikmat yang telah diterima. Sehingga ke hari ini Idumban kekal sebagai penjaga semua kuil khusus untuk Dewa Murugan, ianya boleh dilihat berhampiran pintu masuk depan di kawasan kuil yang paling suci.
Persediaan untuk Kavadi Attam
Persediaan untuk Kavadi Attam bermula 48 hari sebelum perayaan dua-hari Thaipusam. Penganut menyucikan diri mereka dari segala kekotoran, dari segi mental dan fizikal. Mereka hanya makan satu hidangan vegetarian dan berpuasa sepenuhnya 24 jam sebelum perayaan Thaipusam.
Penganut menyediakan diri mereka dengan mematuhi garis panduan penyucian yang ketat termasuk:
- Mengawal keinginan yang melampui batasan
- Mengikuti diet vegetarian yang ketat
- Bercukur kepala
- Mengelakkan diri dari berhubungan seksual
- Mandi air sejuk
- Tidur di atas lantai
- Berdoa secara berterusan
- Mengelakkan diri daripada bahan mabuk (dadah dan alkohol)
- Tidak bercakap kasar atau kesat
- Mengelakkan diri dari apa-apa yang mencantikkan diri secara fizikal
- Mengelakkan diri daripada segala bentuk hiburan
- Bangun sebelum terbit matahari untuk membaca doa atau pujian dan bermeditasi
Pada hari Thaipusam, seorang guru akan menjalankan puja (doa) dan juga acara penerimaan penganut dalam kumpulan. Penganut berpakaian merah, warna seakan kunyit atau kuning, dan pembawa kavadi selalunya bertafakur sepanjang hari. Puja kemudiannya dijalankan oleh pembawa kavadi, disertakan dengan laungan penuh semangat puji-pujian kepada Dewa Murugan. Setelah berakhirnya upacara Puja, penganut mempersiapkan diri untuk membawa kavadi dan memohon berkat daripada guru. Guru kemudiannya akan meletakkan kavadi di atas bahu mereka untuk memulakan tarian.
Penganut menjalankan upacara Kavadi Attam dengan menari mengikut irama dan rentak Thavil vadhyam dan nadaswaram (genre muzik India). Penganut menari dalam separuh sedar sambil menikmati semangat keagamaan yang memuncak atau dalam keadaan berkhayal. Tarian ini boleh memberikan inspirasi, terlihat seri kedewaan pada wajah-wajah para penari. Penganut-penganut ini sering mengalami perasaan bersatu dengan Dewa Murugan. Dewa Murugan juga pada masa-masa tertentu dikatakan akan masuk ke dalam tubuh penganut, yang dalam keadaan separuh sedar untuk beberapa ketika.
Lagu Tarian Kavadi
Sejarah mengenai kavadi Attam adalah sangat utuh dan telah mempengaruhi dalam bentuk tarian tradisional, seperti Bharatanatyam. Bentuk tarian ini diiringi dengan muzik yang telah diolah cantik dan anggun. Di bawah ini adalah satu lagu yang ditari kan dalam Bharatanatyam, dipanggil kavadi chindu. Anda boleh klik butang “Play” untuk mendengar secara online, ataupun tekan “Download” untuk muat-turun dan simpan fail ke mp3 player, iPod atau komputer dan anda boleh mendengar pada bila-bila masa.
Jenis-jenis Kavadi
Kavadi di datangkan dalam pelbagai bentuk, saiz dan bahan. Kemungkinan terdapat perbezaan dari segi rupa dan bagaimana ia digunakan, namun tujuan setiap satu daripadanya adalah sama, bagi menunjukkan ketaatan kepada Dewa Murugan dan dewa-dewa lain.
1. Thol Kavadi
Thol kavadi biasanya terdiri daripada dua keping bahan separuh bulat yang dibina daripada kayu ataupun besi yang bengkok dan disambungkan kepada struktur silang yang dapat mengimbang di bahu penganut. Thol Kavadi selalunya dihiasi dengan bunga, bulu merak, simbolik kepada tunggangan Dewa Murugan.
2. Paal Kavadi
Periuk tembaga ataupun periuk logam dijunjung di atas kepala, diisi dengan susu, vibhuthi (abu suci) ataupun bahan suci lain sebagai persembahan kepada dewa-dewa.
3. Mayil Kavadi atau Shadal Kavadi
Kavadi jenis ini adalah amalan yang paling hebat di antara ke semuanya. Kavadi ini adalah sejenis mezbah mudah alih berukuran lebih dua meter (lebih kurang 6.5 kaki) ataupun lebih tinggi. Ia dihiasi dengan bulu merak ataupun kadangkala daripada polistirena yang telah diwarnakan dan diukir. Ianya disambungkan kepada seorang penganut melalui 108 vels (tombak) ditusuk ke dalam kulit di dada dan di belakang badan penganut. Ada di antara kavadi ini boleh mencapai berat sehingga ke 40kg.
4. Alavu Kavadi
Ini adalah satu bentuk penyiksaan diri di mana lidah atau pipi penganut ditusuk dengan vel. Vel yang menusuk melalui lidah atau pipi penganut mengingatkan mereka kepada Dewa Murugan. Ia juga bertindak sebagai langkah pencegahan untuk menghentikan mereka dari bercakap, memberikan penganut satu kuasa ketahanan yang luar biasa.
5. Vette Mulle
Vette Mulle adalah sejenis kavadi di mana cangkuk ditusuk di belakang penganut ataupun penyembah. Cangkuk ini di sambungkan pada tali yang samaada ditarik oleh penganut pejalan kaki yang lain ataupun digunakan untuk menarik pedati.
6. Koodam Mulle
Kavadi ini melibatkan kulit penganut ditusuk dengan mata kail kecil. Pelbagai item kemudiannya diikat kepada mata kail seperti belanga susu kecil, vibhuthi (abu suci), serbuk kayu cendana ataupun serbuk vermilion. Buah-buahan juga diikat kepada mata kail didalam keadaan tertentu.
Pembawa Kavadi Dalam Keadaan Separuh Sedar
Semasa Thaipusam, adalah kebiasaan melihat ramai penganut didalam keadaan berkhayal ataupun tidak sedarkan diri (bersawai). Sebahagian daripada pembawa kavadi ini dijaga oleh adik-beradik mereka, isteri, suami atau saudara-mara yang lain. Kebanyakan daripada lelaki dan juga wanita tersebut pergi ke kedai rambut terlebih dahulu untuk mencukur kepala sebagai tanda memenuhi permintaan mereka atau sebagai persembahan.
Kesakitan dari tusukan Vel atau cangkuk adalah boleh menyeksakan. Rata-rata dalam kebanyakan kes ia adalah disebabkan oleh kuasa dewata didalam tubuh mereka dan mereka dalam keadaan berkhayal dan tidak merasa kesakitan. Malahan ramai penganut sering menceritakan bahawa mereka hanya merasa sakit dari tusukan Vel yang di peringkat awal. Selepas memasuki pelbagai bentuk dan tahap berkhayal mereka tidak sedar tentang apa-apa di sekeliling mereka, apatah lagi kesakitan. Apabila mereka pulih dari berkhayal, mereka telah sampai ke destinasi mereka dan banyak yang mengatakan mereka tidak langsung mempunyai sebarang ingatan tentang perjalanan itu sendiri.
Apabila tindikan dikeluarkan, tidak terdapat sedikit ataupun tidak ada langsung pendarahan dan luka dapat sembuh dengan mudah sekali, kerana berkat dewa yang meresapi seluruh tubuh badan mereka.
Agama Hindu di Malaysia
Agama Hindu adalah agama yang keempat terbesar di Malaysia. Terdapat kira-kira 1.78 juta rakyat Malaysia (kira-kira 6.3% daripada jumlah penduduk Malaysia) yang beragama Hindu, mengikut Laporan Taburan Penduduk dan Ciri Demografik 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia yang beragama Hindu tinggal di bahagian barat Semenanjung Malaysia. Negeri yang mempunyai peratusan penduduk beragama Hindu yang paling tinggi adalah di Negeri Sembilan (13.4%), diikuti oleh Selangor (11.6%), Perak (10.9%) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (8.5%). Negeri yang mempunyai peratusan yang paling kurang beragama Hindu ialah Sabah pada 0.1%.
Thaipusam di Malaysia
Perayaan Thaipusam disambut setiap tahun di Malaysia dan ia adalah hari cuti umum bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan di negeri Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Lebih daripada satu juta penganut agama Hindu berkumpul pada setiap tahun di beberapa kuil Hindu di seluruh negara untuk meraikan perayaan yang mulia ini.
Ia disambut diantara bulan Januari – Februari, bergantung kepada tarikh bulan penuh pada bulan Tamil Thai, mengikut kalendar Hindu. Setakat ini, sambutan terbesar di Malaysia bertempat di Batu Caves tidak jauh dari ibukota Kuala Lumpur dan dikenali di seluruh dunia. Kuil-kuil lain di mana Thaipusam disambut dengan hebat termasuk Kuil Arulmigu Balathandayuthapani (juga dikenali sebagai Kuil Waterfall Hill) di Pulau Pinang, dan Kuil Arulmigu Subramaniyar Kallumalai di Ipoh, Perak.
Video dari Documentari National Geographic
Or view the video on the server at:
https://video.tsemtulku.com/videos/Thaipusam.mp4
Thaipusam di Kuala Lumpur
Penganut memulakan persiapan pada awal pagi, sekitar jam 4. Perarakan bermula dari Kuil Mahamariamman di Chinatown, Kuala Lumpur dan termasuk penggunaan pedati yang diperbuat daripada perak. Patung-patung Dewa Murugan dan dua isteri beliau ditempatkan di atas pedati dan diiringi ke Batu Caves, di mana ia akan tiba disekitar waktu tengah hari.
Pedati pertama kali digunakan pada tahun 1893, yang diperbuat daripada 350 kilogram perak dan sejumlah RM350,000 dibelanjakan untuk kos pembinaannya. Ketinggian lebih kurang dari 6.5 meter (lebih kurang 21 kaki) dan mempunyai 240 loceng di atasnya. Pedati yang dibina di India ini terdiri daripada 12 bahagian. Ia dihantar dan dipasang apabila tiba di Malaysia pada tahun 1893.
Acara utama berlaku di Komplek Kuil Batu Caves Sri Subramaniar Swamy. Apabila patung itu tiba, penganut memulakan persiapan untuk menjalankan acara ritual kesyukuran dan penebusan dosa. Pertama sekali pembawa kavadi akan upacara ritual menyucikan diri. Sewaktu mereka melalukan upacara ritual ini, ramai diantara mereka berada di dalam keadaan separuh sedar kerana bacaan doa dan usaha mereka sendiri dalam keadaan dalam tempoh 48 hari sebelumnya. Mereka kemudiannya ditusuk dengan cangkuklogm ataupun pancang. Ini boleh menjadi satu prosedur yang tidak menyakitkan bagi penganut jika mereka berada dalam berkhayal ataupun separuh sedar.
Keluarga dan rakan-rakan akan membimbing penganut mendaki 272 anak tangga yang curam ke pintu masuk gua. Para penganut membawa pelbagai jenis kavadi semasa mereka berjalan menaiki tangga. Berat kavadi antaranya boleh mencapai sehingga 100 kilogram (lebih kurang 220 paun). Sewaktu mereka mendaki, dan dalam beberapa kes menari sambil menyusuri anak tangga, doa terus dibacakan. Oleh kerana saiz dan reka bentuk yang berwarna warni kavadi, mereka juga boleh dilihat dengan jelas dari bawah kompleks kuil.
Apabila pembawa kavadi tiba di tempat suci di dalam gua, upacara sembahyang turut selesai dan kavadi akan dialihkan. Acara itu akan berterusan sepanjang malam, dengan beratus-ratus penganut beratur untuk membawa kavadi mereka sehingga ke tempat suci di dalam gua.
Selepas sambutan dua hari di Batu Caves, perarakan ini kembali ke Kuil Sri Mahamariamman, mengiringi patung Dewa Murugan dan isteri-isteranya duduk di atas pedati perak. Beribu-ribu orang menyertai perarakan itu, dan penghibur bersemangat dengan paluan gendang.
Jika anda merancang untuk berkunjung ke Batu Caves semasa perayaan Thaipusam, adalah disyorkan untuk membuat kunjungan waktu kunjungan samaada pada waktu pagi ataupun pada waktu petang kerana keadaan cuaca agak panas terik di waktu siang.
Batu Caves pada asalnya digunakan oleh orang Temuan. Peneroka Cina mula menggali baja guano (najiskelawar) untuk menanam sayur-sayuran, walau bagaimanapun kawasan ini telah dipopularkan oleh pihak berkuasa penjajah British selepas ia dicartakan oleh mereka.
Pintu masuk gua diilhamkan daripada bentuk Vel (tombak), K. Thamboosamy Pillay, peniaga terkemuka rakyat Malaysia berketurunan Tamil, menaik taraf gua sebagai rumah ibadat. Batu Caves kemudiannya di tetapkan sebagai kuil tempat untuk menyembah Dewa Murugan, dan Pillay kemudiannya mendiririkan patung didalam gua Batu Caves. Pada tahun 1920, sejumpah 272 anak tangga kayu telah dibina sehingga ke pintu masuk gua, namun sekarang ianya telah digantikan dengan tangga-tangga konkrit.
Kompleks Kuil juga menempatkan patung Dewa Murugan terbesar di dunia. Patung Dewa Murugan ini berukuran 42.7 meter (140 kaki) tinggi dan dirasmikan pada tahun 2006, selepas mengambil 3 tahun waktu pembinaan. Ia adalah satu monumen yang menjadi sinonim dengan Kuala Lumpur dan Malaysia. Apabila orang di seluruh dunia memikirkan Kuala Lumpur, mereka akan berfikir tentang patung Dewa Murugan sebagai salah satu ikon yang paling diingati di kotaraya ini. Selain daripada tapak beribadat yang sangat aktif, Batu Caves juga merupakan salah satu tarikan pelancong yang paling popular di Kuala Lumpur.
Perarakan Pedati Perak Thaipusam di Kuil Srimahamariammam, Kuala Lumpur
Or view the video on the server at:
https://video.tsemtulku.com/videos/ThaipusamSilverChariot.mp4
Panduan ke Batu Caves
Batu Caves terletak kira-kira 13 kilometer ke utara pusat bandaraya Kuala Lumpur. Adalah dinasihatkan untuk menggunakan pengangkutan awam untuk ke sana, tempat letak kenderaan boleh menjadi sukar di musim perayaan. Sewaktu perayaan Thaipusam perkhidmatan bas khas disediakan dari Stesen KL Sentral ke Batu Caves untuk keselesaan penganut dan pengunjung. Perkhidmatan Teksi juga boleh didapati dari mana-mana sahaja di bandar.
Cara yang paling mudah untuk perjalanan adalah dengan menggunakan laluan KTM Komuter (Batu Caves – laluan Seremban), ke Stesen Komuter Batu Caves. Dari bandaraya Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan laluan KTM Komuter dari KL Sentral, yang merupakan stesen kereta api utama di bandar ini yang mana kosnya kurang daripada RM5 untuk satu hala. Teksi juga sedia-ada dari Stesen KL Sentral dan anda juga boleh menaiki bas nombor. U6 dari stesen bas Titiwangsa.
Kuil Sri Subramaniar Swamy
Untuk maklumat lanjut tentang Kuil Batu Caves atau aktivitinya, anda boleh lah hubungi mereka.
Alamat:
68000 Batu Caves, Selangor,
Malaysia.
Nombor telefon: +603 6189 6284
Faks: +603 6187 2404
E-mel: batu_caves@yahoo.com
Tempat Penginapan yang berdekatan dengan Stesen KL Sentral
Berikut adalah senarai tempat-tempat penginapan yang berhampiran dengan Stesen KL Sentral jika sewaktu lawatan anda. Sila ambil perhatian bahawa terdapat banyak hotel-hotel lain di sekitar kawasan tersebut yang boleh anda dapat secara online.
Le Meridien Kuala Lumpur (4 Star Hotel)
Alamat:
2 Jalan Stesen Sentral,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Nombor telefon: +603 2263 7888
Tapak web: http://www.lemeridienkualalumpur.com
Royce Hotel KL Sentral (3.5 Star Hotel)
Alamat:
20 & 22 Jalan Tun Sambanthan 3,
50470 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Nombor telefon: +603 2276 2420
Tapak web: http://roycehotel-kl.com
Hotel Sentral Kuala Lumpur (3 Star Hotel)
Alamat:
30 Jalan Thambypillai, Brickfields
50470 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Nombor telefon: +603 2272 6000
Tapak web: http://www.hotelsentral.com.my
Thaipusam di Pulau Pinang
Perayaan Thaipusam di Pulau Pinang berlangsung selama 3 hari. Ianya bermula pada malam sebelum menjelangnya hari Thaipusam dan sehari selepas perayaan hari Thaipusam dilangsungkan.
Upacara penyembahan Tuhan Murugan dimulai pada malam menjelang Thaipusam di sekitar jam 6 pagi. Penganut berarak bersama Lord Murugan yang di tempatkan di atas pedati perak di dalam perarakan yang panjang, yang di ketuai oleh kavadi-kavadi yang dihiasi dengan bulu merak. Perarakan bermula dari Little India pada jam 6 pagi dan berakhir di Kuil Nattukottai Chettiar di waktu tengah malam. Sepanjang perjalanan perarakan, kelapa dipecahkan ke tanah sebagai tanda simbolik memenuhi sumpah suci. Lokasi yang paling strategik untuk melihat ritual memecahkan kelapa ini adalah di Jalan Dato Keramat, berhadapan Penang Times Square. Perarakan biasanya akan melewati lokasi ini dari waktu tengah hari dan seterusnya.
Pada hari Thaipusam, pembawa Kavadi di Pulau Pinang tubuhnya juga ditusuk sama seperti mereka yang di Kuala Lumpur. Upacara ini berlangsung di Kuil Sri Muthu Mariamman di Lorong Kulit (bersebelah Pejabat Rapid Pulau Pinang) bemula dari jam 3 pagi dan seterusnya. Pembawa Kavadi akan memulakan perjalanan mereka dengan mendaki sejumlah 513 anak tangga untuk naik menuju ke Kuil Arulmigu Balathandayuthapani (Kuil Waterfall Hilltop). Waktu terbaik untuk melihat pembawa kavadi adalah dari jam 3 tengah hari dan seterusnya. Penganut yang membawa kavadi yang lebih besar biasanya melakukan perjalanan pada lewat hari, bermula pada sekitar jam 9.30 malam. Makanan vegetarian dan minuman boleh didapati dari 130 thaneer panthal, ataupun daripada gerai-gerai sementara. Gerai-gerai ini biasanya meriah dihiasi dan berada di sepanjang laluan perarakan.
Perayaan ini berakhir sehari selepas hari Thaipusam, yang mana patung Dewa Murugan akan dibawa di atas pedati perak dari Kuil Nattukottai Chettiar, pada sekitar jam 6 petang. Perarakan berakhir di Kuil Kovil Veedu di Lebuh Penang melalui laluan yang berbeza daripada perarakan asal. Perarakan ini sekali lagi disertai dengan satu lagi ritual memecahkan kelapa, dan persembahan buah-buahan, bunga dan kemenyan diatas thambulam atau di atas pinggan perak yang besar.
Panduan ke Kuil Arulmigu Balathandayuthapani
Andalah dinasihatkan untuk mengambil teksi ke Kuil Waterfall Hilltop kerana tempat meletak kenderaan mungkin sedikit sukar pada musim perayaan.
Kuil Arulmigu Balathandayuthapani
Untuk maklumat lanjut tentang kuil tersebut atau aktivitinya, anda boleh lah hubungi mereka.
Alamat:
Jalan Air Terjun,
10350 George Town,
Penang, Malaysia.
Nombor telefon: +604 6505 215
Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pulau Pinang
Anda boleh berhubung dengan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pulau Pinang untuk maklumat lanjut, dan lain-lain soalan yang anda ada tentang melawati Pulau Pinang.
Alamat:
56th Floor, Komtar
10100 Penang,
Malaysia
Nombor telefon: +604 262 0202
Faks: +604 263 1020
E-mel: enquiry@tourismpenang.gov.my
Tempat Penginapan berdekatan dengan Kuil Arulmigu Balathandayuthapani
Berikut adalah senari tempat-tempat penginapan yang berhampiran dengan kuil yang anda mahu kunjungi. Sila ambil perhatian bahawa terdapat banyak hotel lain di sekitar kawasan tersebut yang boleh anda dapat secara online.
G Hotel Kelawai Penang (5 Star Hotel)
Alamat:
2 Persiaran Maktab,
10250 Penang,
Malaysia.
Nombor telefon: +604 219 0000
Tapak web: http://ghotelkelawai.com.my
Georgetown City Hotel (4 Star Hotel)
Alamat:
1-Stop Midlands Park,
Burmah Road
10350 Georgetown,
Penang, Malaysia.
Nombor telefon: +604 227 7111
Tapak web: http://www.georgetowncityhotel.com
Hotel Waterfall (3 Star Hotel)
Alamat:
160 Jalan Utama,
10450 Penang,
Malaysia
Nombor telefon: +604 229 5588
Tapak web: http://www.hotelwaterfall.com.my
Thaipusam di Ipoh
Skala sambutan Thaipusam di Ipoh adalah jauh lebih kecil berbanding dengan di Kuala Lumpur ataupun di Pulau Pinang, namun sambutannya agak memberangsangkan. Perayaan ini adalah satu amalan hebat selama 24 jam bagi pembawa kavadi dan keluarga mereka. Perarakan bermula di Kuil Mariamman Kovil, dan berakhir di Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniyar.
Sepanjang laluan perarakan, penganut membina struktur sementara tempat-tempat suci dan gerai-gerai yang menyediakan hidangan ringan untuk mereka yang melewati laluan perarakan. Penganut juga menari dan bersorak untuk mengekalkan semangat perayaan.
Panduan untuk ke Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniyar
Adalah dinasihatkan untuk mengambil teksi ke Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniyar. Tempat letak kenderaan mungkin sedikit sukar pada musim perayaan.
Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniyar
Alamat:
Ipoh Hindu Devasathana Paripalana Sabah
No. 140, Jalan Raja Musa Aziz,
30300 Ipoh,
Perak, Malaysia.
Nombor telefon: +604 229 5588
Tapak web: http://www.hotelwaterfall.com.my
Tempat Penginapan berhampiran Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniyar
Berikut adalah senarai tempat-tempat penginapan berhampiran dengan kuil sewaktu kunjungan anda. Sila ambil perhatian bahawa terdapat banyak hotel lain di sekitar kawasan tersebut yang boleh anda dapat secara online.
Cititel Express Ipoh
Alamat:
2 Jalan S. P. Seenivasagam
30000 Ipoh,
Perak, Malaysia.
Nombor telefon: +605 208 2888
Tapak web: http://www.cititelexpress.com/ipoh/
Seemsoon Hotel
Alamat:
No. 2 Regat Dato Mahmud,
Jalan Pasir Puteh
31650 Ipoh,
Perak, Malaysia.
Nombor telefon: +605 255 6888
Tapak web: http://www.seemsoonhotel.com
M Boutique Hotel Ipoh
Alamat:
2 Hala Datuk 5,
Off Jalan Leong Boon Swee
31650 Ipoh,
Perak, Malaysia
Nombor telefon: +605 255 5566
Tapak web: http://www.mboutiquehotels.com
Gambar-gambar Perayaan Thaipusam dari Seluruh Malaysia
Untuk pautan yang lebih menarik:
- Thaipusam – The Festival of Lord Murugan
- Mount Kailash and more
- 24 Holy Places & Eight Great Charnel Grounds
- Gadhimai – A Holy Festival?
- Diwali Celebrations in India
- Beautiful Hindu Temples
- Emperor Ashoka the Great
- Aghori
- 74 Grand Statues of the World
Please support us so that we can continue to bring you more Dharma:
If you are in the United States, please note that your offerings and contributions are tax deductible. ~ the tsemrinpoche.com blog team
Hello! I’m a college student and I’m doing an assignment regarding “Cara sambutan Thaipusam dahulu dan kini”. Can I get some information from you about this? Thank youuu!
Hi, i am university student and i would like to take some note from this blog for my assignment for my course about religion. So, can i get some of the sources from you about this article? Thank You.
Dear helen,
You are more than welcome to quote the content of this blog post. This post is authored by His Eminence the 25th Tsem Rinpoche in English and is translated into Bahasa Malaysia. This is the link to the original English post https://www.tsemrinpoche.com/?p=1126
In addition to this, please see below links of some sources about this article for your reference:
1) http://www.wonderfulmalaysia.com/malaysia-thaipusam-hindu-festival.htm
2) https://www.aljazeera.com/indepth/inpictures/malaysia-hindus-celebrate-thaipusam-batu-caves-180201073614358.html
3) https://en.wikipedia.org/wiki/Thaipusam
4) http://www.straitstimes.com/multimedia/photos/in-pictures-thaipusam-procession-2018
You can also do a further search on Google and visit travel and tourism sites for more materials on this topic.
Thank you and all the best in your endeavour.