Baba dan Nyonya
Latar Belakang
Baba Nyonya, juga dikenali sebagai Peranakan atau Cina Selat, ialah keturunan pendatang Cina yang berkahwin dan berasimilasi dengan komuniti tempatan di Malaysia, Singapura dan Indonesia, di antara abad kelima belas dan ketujuh belas. Bilangan pendatang Cina meningkat ketika lombong timah di Kesang, Johor dibuka dan mula beroperasi. Dengan Melaka sebagai pusatnya, budaya Baba Nyonya telah berkembang dan membangun menjadi satu identiti campuran tersendiri. Komuniti Baba Nyonya ini berbeza daripada komuniti etnik Cina, tetapi mereka tetap menganggap diri mereka sebagai orang Cina.
“Baba” ialah satu gelaran hormat yang digunakan untuk lelaki Cina Selat, manakala “Nyonya” digunakan untuk perempuan. Kebanyakan mereka telah tinggal di sepanjang Selat Melaka sejak turun-temurun, dan berpendidikan Inggeris. Disebabkan latar belakang mereka, mereka boleh bertutur dalam dua atau lebih bahasa, dan selalu bertindak sebagai orang tengah bagi orang Cina dan British, serta Melayu dan Cina.
Mitos asal usul Baba Nyonya
Salah satu mitos atau cerita tentang asal usul Baba Nyonya boleh didapati di blog Humanity. Secara ringkasnya, mitos tersebut mendakwa bahawa Zheng He dari China telah melawat Melaka pada abad ke-15 dan menghadiahkan Puteri Hang Li Po kepada Sultan Mansur Shah, iaitu Sultan Melaka pada ketika itu. Pengiring-pengiring Puteri Hang Li Po kemudiannya membina penempatan di Bukit Cina dan memulakan pembangunan budaya Baba Nyonya.
Kaum Peranakan mengekalkan kebanyakan amalan etnik dan keagamaan asal (penyembahan roh nenek moyang) tetapi mengasimilasi bahasa dan budaya Melayu. Mereka mewujudkan budaya dan makanan yang unik. Banyak sumber mengatakan yang kaum Peranakan awal berkahwin campur dengan populasi Melayu tempatan. Namun demikian, kurangnya persamaan fizikal membuatkan ramai pakar percaya bahawa etnisiti Cina Peranakan tidak berkurangan. Orang Peranakan lazimnya menghantar anak lelaki dan perempuan ke China untuk mencari pasangan. Kenyataan ini dikuatkan lagi memandangkan agama populasi Melayu tempatan ialah Islam, yang melarang perkahwinan campur dengan berlainan agama tanpa memeluk Islam terlebih dahulu. Pada awal 1800, pendatang Cina baharu ke Penempatan Selat mengukuhkan populasi kaum Peranakan.
Pada pertengahan abad kedua puluh, kebanyakan orang Peranakan berpendidikan Inggeris, hasil daripada kolonisasi British ke atas Tanah Melayu, dan juga kecenderungan semula jadi orang Peranakan yang mudah untuk menerima budaya baru. Disebabkan kesediaan mereka menerima budaya dan pendidikan Inggeris ini, jawatan-jawatan pentadbiran dan perkhidmatan awam selalunya diisi oleh orang Cina Selat yang terkemuka. Interaksi dengan orang British ini juga menyebabkan ramai komuniti Peranakan memeluk agama Kristian. Komuniti Peranakan menjadi sangat berpengaruh di Melaka dan Singapura dan turut dikenali sebagai ‘King’s Chinese’ (Cina Raja) kerana kesetiaan mereka kepada Kerajaan British. Interaksi pelbagai bahasa dan budaya ini menyebabkan, sehingga ke pertengahan 1900, kebanyakan Peranakan boleh bertutur dalam tiga bahasa, dan bercakap dengan orang Cina, Melayu dan British. Antara kerjaya yang diceburi mereka termasuk saudagar, pedagang dan orang tengah yang menguruskan perhubungan antara China, Tanah Melayu dan kuasa Barat; yang mana amat dihargai oleh British memandangkan Baba mempunyai hubungan baik dengan komuniti Melayu dan berkhidmat sebagai penasihat kepada mahkamah Melayu. Hakikatnya, istilah “Baba” ialah gelaran hormat dalam bahasa Melayu; yang mungkin diambil daripada bahasa Hindi/Sanskrit [Baba: secara literal bermaksud datuk atau ayah dan digunakan sebagai istilah hormat dan mesra untuk seorang lelaki tua.]
http://geographyhumanity.blogspot.my/2010/04/story-of-baba-baba-nyonya.html
Budaya
Baba Nyonya ialah hasil daripada perkahwinan perempuan Melayu dan lelaki Cina. Adalah perkara biasa bagi pedagang Cina pada zaman dahulu untuk mengahwini perempuan Melayu dari Semenanjung Malaysia atau mengambil mereka sebagai gundik. Kesannya, Baba Nyonya menghasilkan campuran unik ciri budaya Melayu. Komuniti Peranakan pada waktu itu dikahwinkan sesama mereka menerusi aturan keluarga. Perkahwinan pada waktu dahulu tidaklah semudah dan seringkas seperti sekarang; perkahwinan sedarjat dan setempat merupakan kebiasaan ketika itu.
Komuniti Baba Nyonya mempunyai pelbagai adat dan tradisi unik terutamanya dalam hal perkahwinan. Hantaran lamaran diletakkan dalam bakul berkilat dua tingkat, juga dikenali sebagai Bakul Siah, dan diberikan kepada ibu bapa pengantin perempuan oleh pengantara yang bercakap bagi pihak yang menghantar lamaran. Kadangkala, sebagai ganti Bakul Siah, orang Peranakan yang kaya akan menggunakan talam yang berbentuk pagoda yang disulam indah (dalam Bahasa Indonesia dikenali sebagai Botekan Candi).
Jemputan perkahwinan bertemakan merah kerana warna merah melambangkan kebahagiaan dan keharmonian. Kad jemputan selalunya dihantar oleh penghantar yang dikenali sebagai “Pak Chindek”, yang mengambil masa lebih kurang enam hari untuk menghantar kesemua kad jemputan tersebut.
Majlis perkahwinan mereka banyak berasaskan tradisi masyarakat Cina dan merupakan salah satu majlis perkahwinan yang paling menarik dan berwarna-warni di Malaysia. Kemuncak majlis tersebut ialah majlis dan jamuan selama 12 hari yang dinamakan ‘makan tok panjang’ yang membawa maksud pesta meja panjang.
Dalam budaya masyarakat Cina, adalah amat penting untuk melangsungkan perkahwinan pada hari yang bertuah dan pada masa yang tertentu. Adat yang sama dipraktikkan bagi masyarakat Baba Nyonya. Hari tersebut akan dipilih berdasarkan lapan huruf Cina yang dipanggil “pek ji” oleh masyarakat Hokkien, berdasarkan tarikh dan masa kelahiran seseorang. Pada masa tersebut, segala pantang-larang akan dipatuhi sepenuhnya. Perkahwinan yang diadakan kebanyakannya diaturkan dan keputusan untuk melangsungkan perkahwinan diputuskan oleh ibubapa atau orang tua, walaupun pengantin perempuan dan lelaki telah dirunding terlebih dahulu. Tatacara perkahwinan disaksikan oleh nenek moyang, orang tua dan para dewa. Hantaran perkahwinan biasanya bercirikan warna-warna yang melambangkan kemewahan seperti merah, merah jambu, jingga, emas dan kuning dan serta disulamkan dengan motif-motif unik untuk mewujudkan perkahwinan yang baik. Seperti masyarakat Cina, mereka percaya bahawa barang yang berpasangan membawa tuah, atas sebab tu, setiap jenis hantaran perkahwinan akan diberikan secara berpasangan.
Makanan
Budaya Baba Nyonya adalah hasil perkembangan akulturasi yang terjadi apabila satu budaya menerima dan mengasimilasikan adat resam dan unsur dari luar. Persamaan antara budaya Baba Nyonya dan Melayu dapat dilihat pada makanan dan cara pemakaian. Terdapat banyak masakan Nyonya yang sama seperti masakan Melayu sebagai contoh “bubur cha cha”, “nasi kerabu”, “sambal” dan “embuk-embuk”.
Dipengaruhi oleh budaya Melayu, hidangan Nyonya menggunakan herba Melayu umum yang sama. Antara contoh masakan Nyonya ialah Ayam Kapitan, iaitu kari ayam kering. Laksa Nyonya merupakan masakan yang sangat popular di Malaysia dan boleh dinikmati di Melaka dan juga Singapura. Pongteh juga merupakan satu lagi masakan unik bagi komuniti Baba Nyonya. Bahan utama bagi masakan yang menyelerakan ini adalah bawang merah, taucu, ayam dan cendawan shitake.
Pencuci mulut pula, terdapat banyak kuih tradisional Nyonya yang terkenal seperti Kueh Kochi, Lepat Kacang, Apom Balik, Kueh Bongkong, Pulot Inti, Ondeh-Ondeh, Kueh Genggang dan banyak lagi. Kuih-muih tradisional ini juga disediakan semasa perayaan dan keraian.
Restoran Nyonya di Melaka:
1. Nancy’s Kitchen
Waktu Operasi: Isnin – Ahad 11:00 – 17:30
Alamat: Jalan Hang Lekir off Jalan Tun Tan Cheng Lock, Malacca
No. Telefon: +606 283 6099
2. Kocik Kitchen
Waktu Operasi: Isnin – Ahad 11:00 – 15:00
Alamat: 100, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Malacca
No. Telefon: +6016 929 6605
3. Seri Nyonya Peranakan Restaurant
Waktu Operasi: Isnin – Ahad 12:00 – 14:30, 18:30 – 22:30
Alamat: Hotel Equatorial Malacca, Banda Hilir, Malacca
No. Telefon: +606 282 8333
4. Restoran Peranakan
Waktu Operasi: Isnin – Ahad 12:00 – 14:30, 18:30 – 22:00
Alamat: 107, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Malacca
No. Telefon: +606 284 5001
5. Amy Heritage Nyonya Cuisine
Waktu Operasi: Selasa – Ahad 11:30 – 14:30, 18:00 – 22:00
Alamat: 75, Jalan Melaka Raya, Taman Melaka Raya, Malacca
No. Telefon: +606 286 8819
Bahasa
Masyarakat Baba Nyonya bertutur bahasa Melayu Baba, iaitu bahasa dialek yang mengandungi perkataan dari Bahasa Melayu dan Hokkien. Atas kebolehan mereka menyesuaikan diri dengan budaya tempatan, kebanyakan Baba Nyonya boleh bertutur dua jenis bahasa dan dialek, atau lebih, seperti Melayu Baba, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.
Kini, dialek Melayu Baba merupakan bahasa yang hampir pupus kerana kebanyakkannya digunakan oleh generasi yang berusia. Ramai generasi muda tidak lagi tahu bertutur dalam dialek tersebut dan lebih kerap bertutur dalam Bahasa Inggeris atau Cina sebagai bahasa utama mereka.
Pakaian
Pakaian tradisional Baba Nyonya termasuk Baju Panjang, dipakai bersama Kain Sarung (diperbuat daripada batik) dan 3 kerongsang. Selipar manik yang dipanggil Kasot Manek-Manek, disulam tangan dengan mahir dan teliti, menampilkan manik potongan kaca kecil pelbagai sisi (Manek Potong) dari Bohemia.
Kebanyakan Kasot Manek-Manek tradisional bertemakan bunga dan kesenian Timur, dipengaruhi kain batik sarung dan porselin Peranakan. Sebahagian besar daripada kasut ini dijadikan kasut tapak rata atau selipar bilik tidur, tetapi sejak tahun 1930-an, tumit kasut telah ditambah secara beransur-ansur.
Baju panjang
Pakaian tradisional Baba Nyonya termasuk Baju Panjang, dipakai bersama Kain Sarung (diperbuat daripada batik) dan 3 kerongsang. Selipar manik yang dipanggil Kasot Manek-Manek, disulam tangan dengan mahir dan teliti, menampilkan manik potongan kaca kecil pelbagai sisi (Manek Potong) dari Bohemia.
Kebanyakan Kasot Manek-Manek tradisional bertemakan bunga dan kesenian Timur, dipengaruhi kain batik sarung dan porselin Peranakan. Sebahagian besar daripada kasut ini dijadikan kasut tapak rata atau selipar bilik tidur, tetapi sejak tahun 1930-an, tumit kasut telah ditambah secara beransur-ansur.
Melayu tradisional untuk wanita dan sering dipakai bersama tudung. Pada asalnya pakaian ini lebih panjang dan longgar, telah dipopularkan pada abad ke-19 oleh Sultan Abu Bakar Johor. Kini, pakaian ini merupakan pakaian kebangsaan untuk Malaysia dan Brunei.
Sarung
Kain Sarung merupakan sehelai kain panjang yang sering dibalut di sekeliling pinggang. Selalunya, Kain Sarung dipakai oleh lelaki di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura dan Brunei. Kain ini ditenun dengan corak dam atau petak dan juga dihasilkan dalam pelbagai warna, reka bentuk serta cetakan. Sekarang, kain ini boleh didapati dengan reka bentuk cetakan kulit haiwan atau tumbuh-tumbuhan.
Kerosang
Kerongsang sering dihasilkan daripada logam seperti perak dan emas serta dihiasi dengan batu permata. Kerongsang boleh digunakan sebagai perhiasan, tetapi selalunya kerongsang digunakan untuk mengancing pakaian, seperti Baju Panjang.
Agama
Masyarakat Baba Nyonya telah menyesuaikan diri dengan sistem kepercayaan Cina, seperti Buddha, Konfucianisme dan Taoisme serta agama Kristian. Seperti orang Cina, mereka juga meraikan Tahun Baru Bulan, Pesta Tanglung dan pelbagai sambutan China yang lain. Budaya mereka juga dipengaruhi oleh British, Belanda, Portugis, Melayu dan Indonesia.
Seperti mana-mana budaya lain, masyarakat Baba Nyonya sangat mempercayai pantang larang, terutama generasi yang lebih tua. Terdapat beberapa pantang larang yang dianggap terlalu tegar dan rumit. Hari ini, selaras dengan zaman moden, kebanyakan Baba Nyonya tidak lagi mengamalkan pantang larang.
Masyarakat Baba Nyonya juga percaya dengan dukun (pengamal sihir). Contohnya, apabila bayi menangis tanpa henti, mereka akan mendapatkan bantuan daripada dukun kerana mereka percaya bahawa roh jahat sedang menggangu. Satu lagi pantang larang melibatkan larangan wanita hamil daripada meninggalkan rumah mereka pada waktu senja kerana mereka percaya bahawa pada waktu ini syaitan dan roh-roh jahat sedang aktif. Mereka juga percaya bahawa darah wanita hamil menarik Pontianak (wanita yang meninggal dunia ketika bersalin dan bertukar menjadi roh). Apabila seorang wanita hamil melakukan perjalanan, mereka akan selalu membawa barang-barang yang diperbuat daripada logam seperti pisau, kerana mereka percaya bahawa logam menghalau roh-roh jahat.
Muzium
Barangan budaya dan sejarah daripada budaya Baba Nyonya dipaparkan di Muzium Warisan Baba dan Nyonya, Muzium Perhiasan Cina Selat dan lain-lain pertubuhan sejarah yang terdapat di sekitar Jalan Hang Jebat (Jonker Street) dan Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren Street) di Melaka. Tempat Peranakan lain yang terkenal ialah: Pinang Peranakan Mansion di Pulau Pinang, Malaysia; dan Muzium Peranakan, Baba House dan Muzium Intan di Singapura. Barangan pameran termasuk makanan, perabot, pakaian dan juga tradisional.
Rancangan mingguan percuma yang memaparkan persembahan kebudayaan tradisional Baba Nyonya dan Cina juga boleh didapati di Jalan Hang Jebat (Jonker Street), Melaka. Koleksi tradisional Peranakan lain seperti batik dan hasil daripada manik juga boleh dijumpai di dalam muzium di luar Asia Tenggara. Muzium Seni Honolulu dan Muzium Australia turut mempamerkan koleksi begini.
1. Pinang Peranakan Mansion
Alamat: 29, Church St, Georgetown, 10200 George Town, Penang, Malaysia
No. Telefon: +60 4-264 2929
Isnin hingga Ahad termasuk Cuti Umum daripada 9:30 pagi hingga 5 petang
Dewasa: RM20.00; Kanak-kanak(bawah 6): Percuma
Emel: rmhbaba@streamyx.com
2. Baba Nyonya Heritage Museum
Alamat: 48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka, Malaysia
No. Telefon: +60 6-283 1273
Waktu Lawatan Harian: 10 pagi – 1:00 tengah hari (lawatan terakhir waktu pagi jam 12 tengah hari); 2:00 petang – 5:00 petang (lawatan terakhir waktu petang jam 4 petang)
Waktu Lawatan Lanjutan Hujung Minggu: Jumaat – Ahad (lawatan terakhir waktu petang jam 5 petang)
Dewasa: RM 8; Kanak-kanak (umur 5 – 12): RM 4
Emel: admin@babanyonyamuseum.com
3. Straits Chinese Jewellery Museum
Alamat: Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka, Malaysia
No.Telefon: +60 4-2642929
Waktu Operasi: 7 hari seminggu, 9.30 pagi – 5.30 petang
Dewasa: RM20/seorang; Kanak-kanak: RM10 (kanak-kanak 6 tahun ke bawah: Percuma)
Filemografi
Pada tahun 1950-an, budaya Baba Nyonya dipaparkan dalam beberapa filem Hong Kong seperti Niangre/ Nyonya (娘惹,1952), Fengyu Niuche Shui/ Rainstorm in China town (风雨牛车水,1956), Niangre yu Baba/ Nyonya and Baba (娘惹与峇峇,1956), and Niangre Zhi lian/ Love with a Malaysian Girl (娘惹之恋,1969).
Di Malaysia, populariti rancangan drama komedi bertajuk “Baba Nyonya” menjadi drama bersiri TV paling lama ditayangkan. Rancangan TV tersebut ditayangkan bermula dari lewat 1990-an sehingga tahun 2000 dengan jumlah 509 episod serta dicatatkan dalam Malaysian Book of Records.
Seni bina
Baba Nyonya mempunyai seni bina unik yang menggabungkan komponen Timur dan Barat seperti hasil kerja plaster dan seni seramik. Mereka sangat terkenal dengan banglo kolonial yang unik. Di kebanyakan rumah, anda akan melihat penerapan karya seni tersendiri dari budaya Melayu dan Cina, yang sudah pasti satu-satu seumpamanya.
Seni bina harta tanah Baba dan Nyonya selalu dikaitkan dengan Gaya Eklektik Selat. Rumah Kedai Eklektik Selat mula muncul di pertengahan hingga penghujung abad ke-20 (1940 – 1990). Pada awal abad ke-20, rumah kedai di Petempatan Selat mula menggabungkan tingkap Perancis dengan bidai kayu bersaiz penuh, ambang melengkung atau segi empat tepat di atas bukaan tingkap, susunan klasik pilaster dan lepekan plaster. Konkrit bertetulang kemudiannya digunakan untuk membenarkan unjuran bumbung yang lebih luas dan braket yang dijulur lebih rumit yang terkeluar dari atas pilaster.
Rumah kedai
Rumah kedai, mempunyai dua tingkat atau lebih. Tingkat pertama biasanya digunakan untuk tujuan komersil seperti gudang atau kedai runcit dan tingkat kedua dijadikan sebagai tempat tinggal. Rumah kedai bukanlah bangunan tunggal. Sama seperti rumah teres, rumah kedai merupakan salah satu daripada beberapa unit yang berkongsi dinding pembahagi. Satu bangunan boleh terdiri daripada beberapa rumah kedai.
Rumah kedai mudah dijumpai di kawasan bandar di Malaysia. Ada yang suka untuk tinggal di rumah kedai ini tanpa mempunyai niat untuk menjalankan perniagaan. Bangunan itu akan mempunyai pintu masuk besar dengan kayu yang diselak pada pintu dan dilengkapi dengan tingkap. Kaki lima atau laluan jalan kaki dengan beranda merupakan salah satu ciri unik rumah ini. Kaki lima tertutup biasanya memaparkan bukaan lengkung yang menyambungkan rumah dengan bahagian berhadapan dengan jalan. Ciri yang menonjol ini telah menjadi ciri rumah Baba Nyonya yang mudah dikenali.
Sumber:
- https://en.wikipedia.org/wiki/Peranakan
- http://redfame.com/journal/index.php/ijsss/article/viewFile/651/592
- https://zh.wikipedia.org/wiki/峇峇娘惹
- http://geographyhumanity.blogspot.my/2010/04/story-of-baba-baba-nyonya.html
Untuk pautan yang lebih menarik:
- Thaipusam – The Festival of Lord Murugan
- 25 Mouthwatering Dishes Of Malaysia
- A Muhibbah Celebration: The Lantern Festival Charity Bazaar
- Cleaning Up Bentong for Malaysia Day
- Traditional Clothes of Malaysia
- Indians in Malaysia
- Guan Yin Day
- The Dragon Boat Festival: A Fusion of Traditional and Modern Culture
- Gawai Dayak – The Celebration of Bountiful Harvest
Please support us so that we can continue to bring you more Dharma:
If you are in the United States, please note that your offerings and contributions are tax deductible. ~ the tsemrinpoche.com blog team
DISCLAIMER IN RELATION TO COMMENTS OR POSTS GIVEN BY THIRD PARTIES BELOW
Kindly note that the comments or posts given by third parties in the comment section below do not represent the views of the owner and/or host of this Blog, save for responses specifically given by the owner and/or host. All other comments or posts or any other opinions, discussions or views given below under the comment section do not represent our views and should not be regarded as such. We reserve the right to remove any comments/views which we may find offensive but due to the volume of such comments, the non removal and/or non detection of any such comments/views does not mean that we condone the same.
We do hope that the participants of any comments, posts, opinions, discussions or views below will act responsibly and do not engage nor make any statements which are defamatory in nature or which may incite and contempt or ridicule of any party, individual or their beliefs or to contravene any laws.
Please enter your details