Hari Raya Aidilfitri
Pengenalan
Salah satu perayaan utama yang disambut di Malaysia merupakan Hari Raya Aidilfitri, juga disebut sebagai Hari Raya Puasa. Hari Raya bermaksud “hari perayaan” manakala Aidilfitri adalah terma Melayu untuk Eid ul-Fitr yang bermaksud “perayaan berbuka puasa”. Disambut pada hari pertama bulan Islam ke sepuluh (Syawal) menandakan berakhirnya bulan puasa atau bulan Ramadhan. Oleh kerana kelandar Islam berdasarkan kitaran bulan, tarikh Hari Raya Puasa adalah berbeza setiap tahun. Hari Raya Puasa bukanlah hari pertama Tahun Baru Islam seperti yang disalah anggap oleh kebanyakan orang.
Aspek utama Hari Raya adalah amalan mengucapkan “maaf zahir dan batin” yang bermaksud “maafkan kesalahan saya dari segi fizikal dan rohani”. Aidilfitri bukan hanya masa untuk perayaan tetapi juga masa untuk memperbaiki dan menebus kesalahan yang menjadikan perayaan ini penting serta indah. Hikmah disebalik berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan adalah untuk membersihkan seseorang daripada kesalahan yang telah dilakukan. Orang yang beragama Islam digalakkan untuk memaafkan dan melupakan semua perbezaan dan bergembira dengan pembaikan hubungan yang terputus, sebab utama Aidilfitri disambut. Aidilfitri merupakan masa untuk bersyukur dengan aktiviti seperti menziarahi kubur, bersolat di masjid dan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain untuk menikmati pelbagai juadah Hari Raya.
Beberapa hari sebelum Hari Raya, adalah perkara biasa untuk menyaksikan masyarakat Islam berpusu-pusu di jalan raya, fenomena yang dikenali di Malaysia sebagai “balik kampung” atau perjalanan balik ke tempat asal masing-masing untuk bersama keluarga. Tikat kapal terbang dan bas selalunya habis ditempah atau dijual pada waktu ini serta kesesakan lalu lintas berlaku di lebuhraya kerana ramai orang pulang ke kampung halaman untuk sambutan ini.
Sejarah Hari Raya Aidilfitri
Dikatakan selepas Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah, beliau mendapati adat tempatan yang menghabiskan dua hari dalam setahun untuk hiburan, rekreasi dan keriangan. Nabi Muhammad s.a.w merasakan hari-hari tersebut lebih baik digunakan dengan cara lebih baik daripada untuk kepuasan diri. Oleh itu, beliau meminta kepada Allah untuk menetapkan dua hari untuk perayaan iaitu Aidilfirti dan Aidil Adha.
Walau bagaimanapun, Hari Raya Aidilfitri bukan semata-mata tentang perayaan dan keramaian, tetapi juga mempunyai maksud rohaniah yang lebih mendalam. Sejarah sambutan ini bermula sejak 610AD apabila Nabi Muhammad s.a.w mendapat visi Malaikat Jibrail semasa beliau bertafakur. Nabi Muhammad s.a.w mencatat ilmu suci yang diajarkan kepada beliau, dipandu oleh Malaikat Jibril. Ilmu ini kemudiannya menjadi sebuah kitab suci yang dipanggil Al-Quran, yang menjadi pegangan orang Islam (penganut agama Islam). Dikatakan bahawa ilmu suci ini diturunkan pada ‘Malam Lailatul Qadar’, salah satu malam ganjil antara 10 malam terakhir bulan Ramadhan.
Kepentingan Hari Raya
Aidilfitri menandakan berakhirnya bulan Ramadhan dan pada hari tersebut larangan-larangan pada bulan Ramadhan berakhir. Berpuasa pada bulan Ramadhan, bulan ke-sembilan mengikut kalendar Islam, merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam yang diikuti oleh semua umat Islam. Perayaan Aidilfitri adalah hari umat Islam mengungkapkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. dengan puasa, solat dan amal jariah.
Perintah berpuasa pada bulan Ramadhan dinyatakan dalam Al-Quran, dalam Surah 2, Ayat 185:
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain.”
Puasa
Pada bulan Ramadhan, semua umat Islam dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Puasa bukan sahaja menahan diri daripada makanan, tetapi juga minuman, menahan diri daripada melakukan hubungan intim atau apa jua perbuatan memuaskan nafsu.
Dipercayai bahawa daripada tingkah laku yang terkawal, seseorang dapat membentuk kawalan diri serta dapat mengawal nafsu. Dengan berbuat demikian, seseorang dapat membersihkan diri serta minda sepanjang bulan yang suci ini. Dalam tempoh berpuasa, umat Islam mengingatkan diri mereka tentang penderitaan orang miskin yang terpaksa berlapar dan dahaga atas desakan hidup. Ini juga merupakan peluang untuk umat Islam merasakan ketenangan yang timbul dalam beribadat kepada Allah s.w.t serta permuafakatan sesama umat Islam.
Berpuasa selama sebulan juga adalah ungkapan hasrat seseorang untuk menjalani kehidupan yang sihat selaras dengan dan doa kepada Allah s.w.t. dengan mengatasi godaan. Terdapat pengecualian dalam perintah berpuasa: orang sakit, orang yang bermusafir, orang tua, wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak. Bagi umat Islam yang tergolong dalam kategori ini dibenarkan untuk berbuka puasa dan menggantikannya pada masa lain. Dalam kes di mana mereka tidak mampu untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan, mereka mesti memberi makanan kepada orang miskin, juga dipanggil membayar fidyah,untuk setiap hari yang ditinggalkan. Anak-anak muda perlu mula berpuasa pada usia remaja dan ia dianggap satu kaedah untuk mencapai pertumbuhan rohani, walaupun banyak manfaat dari segi kesihatan atau kecergasan.
Di negara Islam seperti Malaysia, kebanyakan kedai makan yang dikendalikan oleh umat Islam tutup pada waktu siang pada bulan Ramadhan. Umat Islam makan hidangan yang dipanggil sahur sebelum matahari terbit, berpuasa tanpa makanan, minuman serta keseronokan pada siang hari dan kemudian berbuka puasa apabila matahari terbenam dengan hidangan yang dipanggil iftar. Iftar biasanya bermula dengan memakan kurma dan minuman manis untuk memberikan tenaga segera diikuti dengan solat pada waktu malam (sembahyang terawih) selepas berbuka puasa.
Selain menjadi satu perayaan kesyukuran dan kesempatan untuk merenung akan kasih yang daripada Allah SWT, renungan rohani juga digalakkan dan seorang individu bermuhasabah tentang kualiti baik dan buruk dalam diri sendiri. Setiap umat Islam menilai semula kekuatan atau kelemahan diri mereka dalam ujian bulan Ramadan. Ini juga masa untuk merenung dua ekstrim antara agama dan materialisme, di mana materialisme mengajar manusia untuk mengambil daripada orang lain, manakala agama pula mengajar tentang memberi kepada Allah dan orang lain, sekali gus memperoleh kebaikan-Nya. Dalam merendahkan diri dan memohon keampunan, seseorang mengambil peluang untuk melakukan perbuatan baik dan amal. Menjadi satu kewajipan orang yang berkemampuan untuk berkongsi sebahagian daripada apa yang mereka ada dengan orang miskin pada masa ini. Pada bulan Ramadhan, umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi diri sendiri serta semua orang yang berada di bawah tanggungannya dengan jumlah gandum yang telah ditetapkan atau jumlah wang yang sama nilainya. Zakat fitrah hanya perlu dibayar setahun sekali pada bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya bermula.
Pada hari pertama Aidilfitri, Solat Aidilfitri (solat al-Eid)adalah satu kemestian dan sangat digalakkan untuk didirikan secara berjemaah. Ia adalah solat khas sebanyak dua rakaat (unit) dengan tujuh dan lima takbir tambahan Khutbah (pemberitaan awam) dijalankan selepas solat. Ketika khutbah, Imam biasanya mengingatkan jemaah tentang kewajipan mereka terhadap Allah, serta terhadap sesama umat Islam dan bukan Islam. Imam juga akan mengingatkan jemaah untuk berbuat baik dan menahan diri daripada melakukan perbuatan dosa atau jahat. Pada akhir sesi, jemaah akan bersalaman antara satu sama lain, dan menawarkan hadiah yang sesuai untuk kanak-kanak.Berikutan ini perayaan bermula.
Apa yang dilakukan pada Hari Raya?
Pada pagi Aidilfitri, umat Islam mengikuti amalan Sunnah Aidilfitri, di mana seseorang perlu:
- Bangun awal
- Mendirikan solat subuh
- Menyediakan kelengkapan untuk kebersihan diri serta dandanan, seperti pakaian dan sebagainya
- Mandi selepas solat subuh
- Memberus gigi
- Memakai pakaian terbaik, secara tradisinya adalah baju baharu. Orang lelaki boleh mengenakan minyak wangi. Wanita biasanya memakai sama ada Baju Kurung, Baju Kebaya atau Jubah. Lelaki akan memakai Baju Melayu beserta Kain Samping (sehelai kain yang dipakai dibahagian luar seluar Baju Melayu). Adalah menjadi kebiasaan untuk melihat kaum lelaki memakai songkok di kepala pada Hari Raya.
- Memakan sarapan sebelum keluar untuk Solat Hari Raya. Makan sebelum keluar rumah adalah untuk menekankan bahawa bulan Ramadhan telah berakhir. Umat Islam juga dilarang untuk berpuasa pada Hari Raya Aidilfitri. Menjadi adat untuk memakan makanan manis sebagai sarapan, sebaik-baiknya kurma, sebelum menghadiri solat Aidilfitri.
- Membayar Zakat (bayaran wajib yang dibayar secara tahunan di bawah undang-undang Islam dan digunakan untuk tujuan keagamaan dan amal) sebelum solat Aidilfitri (solat khas Aidilfitri).
- Pergi awal ke masjid.
- Menunaikan solat Aidilfitri secara berjemaah di tempat terbuka melainkan cuaca tidak membenarkan disebabkan hujan, salji dan sebagainya.
- Menggunakan jalan yang berbeza untuk pergi ke dan pulang dari masjid. Dikatakan sebab perkara ini harus dilakukan sebagai manifestasi syiar Islam di kedua-dua laluan, atau untuk menyatakan peringatan terharap Allah s.w.t.
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri adalah istimewa kerana ia telah menjadi pameran persefahaman dan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di negara ini. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama melawat rumah rakan-rakan yang beragama Islam, untuk sama-sama meraikan kegembiraan perayaan tersebut. Di sana, mereka diterima dengan mesra dan dihidangkan juadah Hari Raya yang disediakan khas. Seperti mana-mana perayaan lain di Malaysia, Hari Raya adalah perayaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan.
Berikut adalah dua lagu Hari Raya paling popular di Malaysia:
Or view the video on the server at:
https://video.tsemtulku.com/videos/SalomaSelamatHariRaya.mp4
“Selamat Hari Raya” adalah sebuah lagu Hari Raya klasik yang dinyanyikan oleh biduanita Malaysia, Almarhumah Saloma, isteri kepada ikon hiburan Melayu P. Ramlee. Lagu ini adalah lagu yang ringkas tapi menarik, tetapi ia adalah sebuah lagu yang dikenali oleh setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau bangsa mereka.
Or view the video on the server at:
https://video.tsemtulku.com/videos/SuasanaHariRaya.mp4
Lagu Hari Raya yang gembira dinyanyikan oleh Allahyarhamah Dato ‘Sharifah Aini Syed Jaafar. Lagu ini adalah tentang bagaimana mengalu-alukan tetamu di Hari Raya. Nota: Ini adalah versi karaoke, wanita dalam video tersebut bukan penyanyi asal.
Balik Kampung (Returning to the family home)
Perancangan Balik Kampung dan pembelian tiket kapal terbang/bas/kereta api bermula seawal sebulan sebelum Hari Raya. Adalah penting untuk sampai ke kampung tepat pada waktu untuk meraikan perayaan yang gembira ini dengan keluarga dan sanak saudara.
Or view the video on the server at:
https://video.tsemtulku.com/videos/SudirmanBalikKampung.mp4
Ini merupakan salah satu lagu Hari Raya klasik yang popular, ‘Balik Kampung’ yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Arshad.
Sambutan Hari Raya
Salah satu perkara popular yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri dikenali sebagai ‘rumah terbuka’. Rumah terbuka memerlukan tetamu diterima tanpa mengira latar belakang. Sebagai amal kebajikan serta keterbukaan hati, rumah dibuka dan hidangan lazat disediakan untuk para tetamu serta menjadi pameran hidangan gastronomi masyarakat Melayu. Budaya rumah terbuka Hari Raya telah menjadi platform yang penting untuk komunikasi sosial serta integrasi antara ahli masyarakat dan amalan ini mengukuhkan hubungan sosial rakyat Malaysia.
Berikut ialah senarai makanan tradisi Hari Raya yang menambah sentuhan khas kepada perayaan ini:
Serunding
Serunding merupakan daging carik versi Malaysia. Serunding adalah hidangan ringan yang popular pada bulan Ramadhan dan Aidilfitri. Serunding diperbuat daripada daging berempah yang dimasak sehingga kering, kaedah untuk membuatkan daging tahan lama. Daging yang biasa digunakan untuk membuatkan serunding termasuk lembu, ayam, ikan bilik, udang serta ikan, dah biasa digunakan sebagai inti untuk roti pastri juga burger.
Satay
Hidangan ringan yang sempurna untuk Ramadhan, sate sangat digemari di seluruh Asia Tenggara. Daging panggang yang dicucuk biasanya dicicah dengan kuah kacang rangup dan dihidang bersama nasi impit dan sayur mentah.
Ketupat
Terkenal sebagai makanan simbol Hari Raya, ketupat diperbuat daripada beras yang direbus di dalam sarung berbentuk berlian yang dianyam daripada daun kelapa. Setelah masak, ketupat dikupas, dipotong dan dihidang sebagai ganti kepada nasi bersama hidangan lain.
Rendang
Hidangan Hari Raya kegemaran semua! Rendang adalah kuah pekat dan berempah yang dimasak bersama daging lembu, walaupun sebarang jenis dagin boleh digunakan. Rendang dihidang sama ada kering atau basah, juga dikenali dengan sifat memelihara secara semula jadi kerana rempah antimikrob yang digunakan dalam hidangan.
Masak Lemak
Masak lemak adalah gaya memasak yang berasaskan santan berkunyit. Daging yang biasa digunakan dalam masak lemak termasuk kerang dan ayam, walaupun sayur adalah pilihan yang turut popular. Hidangan masak lemak biasanya dimakan bersama lemang atau pun dicurah ke atas nasi putih.
Asam Pedas
Masakan rebus yang masam dan pedas yang popular di beberapa tempat di Malaysia, asam pedas biasanya merujuk kepada hidangan ikan yang direbus lama sehingga kuahnya meresap ke dalam daging sepenuhnya. Tomato, bendi, asam jawa dan daun kesom adalah bahan-bahan yang biasa digunakan dalam hidangan ini.
Sayur Lodeh
Berasal daripada Indonesia, sayur lodeh adalah hidangan santan yang lemak berkrim dimasak bersama sayur seperti terung, kacang panjang, cili hijau, tauhu, tempe dan banyak lagi. Penggunaan sedikit serbuk kunyit menjadikan hidangan berwarna kuning, manakala cili dan rempah memberikan rasa pedas.
Lemang
Dibuat daripada beras pulut, santan dan sedikit garam, lemang biasanya menggantikan nasi putih semasa musim Hari Raya dan dimakan dengan rendang atau kari. Hidangan istimewa ini dimasak di dalam batang buluh yang dilapik dengan dauh pisang dan boleh mengambil masa sehingga empat hingga lima jam pemanggangan dengan teliti.
Lontong
Biasanya dihidang bersama nasi impit, longtong adalah hidangan yang boleh dimakan sebagai hidangan lengkap, mengandungi sayur dan daging dalam kuah santan berempah. Lontong boleh juga merujuk kepada nasi impit yang dibalut dengan daun pisang seperti lemang.
Bubur Lambuk
Sering diagihkan oleh masjid dan bank makanan semasa bulan Ramadhan, bubur lambuk berasal dari tradisi masyarakat Islam memberi makan kepada orang miskin pada bulan yang mulia ini. Bubur ini terdapat banyak variasi kerana hampir apa sahaja boleh ditambah kepada bubur lambuk, daripada daging kepada sayur serta pelbagai jenis sos serta rempah untuk menambah rasa. Serbuk kurma selalu digunakan sebagai bahan asas.
Dodol
Pencuci mulut yang melekit ini diperbuat daripada santan, tebu dan tepung beras yang dikacau secara berterusan di dalam kuali sehingga sembilan jam. Dodol yang telah siap digulung menjadi bentuk dan dibungkus secara individu dalam pembalut plastik untuk dinikmati oleh penggemar manisan. Dodol boleh juga didapati dalam perisa durian, durian belanda, epal, nangka dan susu.
Kuih-muih
Daripada lapisan merah jambu kuih lapis hingga ke kerak bergula kuih keria, Malaysia adalah rumah kepada hampir kesemua jenis kuih-muih, bukti kebanggaan kepelbagaian negara. Kuih-muih Malaysia merangkumi kek bersaiz kecil, biskut dan agar-agar dalam pelbagai warna pelangi yang disediakan dengan pelbagai cara.
Adab Hari Raya
Berikut adalah beberapa tip dan maklumat yang berguna semasa Hari Raya untuk pelawat atau ekspatriat di Malaysia, sekiranya anda dijemput ke rumah kawan atau rakan sekerja, atau anda bercadang untuk singgah di rumah terbuka.
Bagaimanakah Seorang Tetamu Sepatutnya Berkelakuan?
Kebanyakan orang Islam tidak mengharapkan tetamu untuk memberi hadiah atau wang. Jika tetamu bersungguh hendak memberi sesuatu, maka manisan, biskut atau kuih adalah pilihan terbaik dan akan dihargai oleh kebanyakan tuan rumah.
Tetamu juga perlu beri perhatian tentang perkara yang tidak boleh diberi, menurut adat Melayu dan Islam. Tetamu harus mengelak daripada memakai pakaian menjolok mata, manakala wain, champagne atau sebarang bentuk alkohol adalah sesuatu yang tidak boleh diberi atau diminum pada waktu itu.
Selain itu, tetamu bukan Islam tidak diharapkan untuk memakai pakaian tradisional Melayu. Walau bagaimanapun, ia mungkin akan menggembirakan tuan rumah jika anda berusaha memakai pakaian tradisional Melayu.
Apakah Ucapan Hari Raya Yang Paling Kerap Diucapkan?
“Selamat Hari Raya” adalah ucapan tradisional yang digunakan oleh masyarakat Melayu dan “Maaf Zahir dan Batin” bermaksud “Saya memohon maaf daripada kamu”.
[[[ translation]]] A lot of Muslims also say “Eid Mubarak” when they greet each other; the term has Arabic origins. “Eid Mubarak” means “Happy Hari Raya”.< <
Apa lagi yang boleh dilakukan untuk meraikan perayaan ini sepenuhnya?
Sambutan perayaan bermula awal, jadi ingat bahawa terdapat banyak perayaan yang berlaku pada hari-hari yang membawa kepada Hari Raya Puasa. Bazar Ramadan, boleh dilihat di seluruh negara, biasanya dipenuhi dengan deretan gerai yang menjual kuih raya, barang perhiasan dan pakaian.
Semasa melawat
Semasa melawat orang lain pada musim ini, etika berikut perlu dipatuhi:
- Memakai pakaian kemas dan bersih. Elakkan memakai pakaian terdedah seperti seluar pendek dan baju tanpa lengan.
- Tanggal kasut sebelum memasuki rumah.
- Sesetengah wanita tidak selesa bersalaman dengan lelaki. Oleh itu kaum lelaki boleh menyapa kaum wanita dengan senyuman.
Komuniti Islam juga digalakkan bersedekah pada tempoh ini dan memberi sampul wang merupakan satu bentuk sedekah. Sampul biasanya diberi kepada kanak-kanak atau orang muda yang tidak bekerja. Jumlah wang tidak ditetapkan dan bergantung kepada pemberi.
Hari Raya Aidilfitri 2017 dijangkakan jatuh pada 25 Jun, 2017 dan berakhir pada 27 Jun 2017.
Untuk maklumat yang lebih menarik:
- Baba and Nyonya
- Traditional Clothes of Malaysia
- Guan Yin Day
- Gawai Dayak – The Celebration of Bountiful Harvest
- Wesak Day In Malaysia
Please support us so that we can continue to bring you more Dharma:
If you are in the United States, please note that your offerings and contributions are tax deductible. ~ the tsemrinpoche.com blog team
DISCLAIMER IN RELATION TO COMMENTS OR POSTS GIVEN BY THIRD PARTIES BELOW
Kindly note that the comments or posts given by third parties in the comment section below do not represent the views of the owner and/or host of this Blog, save for responses specifically given by the owner and/or host. All other comments or posts or any other opinions, discussions or views given below under the comment section do not represent our views and should not be regarded as such. We reserve the right to remove any comments/views which we may find offensive but due to the volume of such comments, the non removal and/or non detection of any such comments/views does not mean that we condone the same.
We do hope that the participants of any comments, posts, opinions, discussions or views below will act responsibly and do not engage nor make any statements which are defamatory in nature or which may incite and contempt or ridicule of any party, individual or their beliefs or to contravene any laws.
Please enter your details