Hari Wesak di Malaysia
Saya amat bertuah dapat tinggal di Malaysia dan berbangga memanggilnya kampung halaman saya. Malaysia membolehkan saya untuk menjadi diri saya, meneruskan minat saya dan bertemu dengan insan-insan yang baik. Bertahun yang dahulu, salah seorang guru dan pelindung saya, Kyabje Lati Rinpoche dari biara Gaden Shartse, meminta untuk saya berada di sini. Pada waktu itu saya tidak memahami kenapa, tapi saya kini sudah mengerti. Saya bersyukur telah dihantar untuk tinggal di Negara yang penuh dengan macam-macam peluang, dapat bersama dengan rakan-rakan yang baik hati dengan persekitaran yang bagus. Saya sangat menghargai kepelbagaian dan kekayaan kebudayaan yang ada di Malaysia. Sebagai contoh perayaan Hari Wesak. Hari ini disambut di seluruh dunia, tetapi di Malaysia, hari ini juga merupakan hari cuti umum.
Perayaan Hari Wesak, juga dieja Vesak, merupakan hari untuk penganut Buddha menyambut tiga peristiwa penting dalam kehidupan Buddha Shakyamuni yang bersejarah, iaitu hari keputeraannya, pencerahan agung sewaktu umurnya 35 tahun dan kemangkatannya di umur 80 tahun. Fahaman Buddha itu sendiri boleh dikelaskan sebagai sebuah falsafah dan agama. Sebagai sebuah falsafah, ia mengajar kita cara menjalani kehidupan seharian dan sebagai sebuah agama ia mengajar kita untuk menghapuskan penderitaan dan mencapai matlamat untuk menjadi seorang Buddha. Adalah tidak mustahil untuk menghapuskan penderitaan dari fikiran kita dan apabila tercapai peringkat ini, ia dipanggil Nirvana. Hari kejadian Buddha mendapat pencerahan atau mencapai nirvana, disambut oleh penganut Buddha seluruh dunia, kerana kita semua juga berhasrat untuk mencapai tahap yang sama. Hari Wesak disambut untuk mengingatkan kita kepada matlamat kita dan sekaligus tujuan kita beramal serta menghubungkan setiap individu dengan potensi Buddha dalam diri mereka. Ia bukan hanya sekadar sambutan, bahkan merupakan ruang peringatan spiritual dan peluang untuk perubahan sebenar dalam diri kita.
Agama Buddha merupakan salah satu daripada agama tertua dunia, berusia lebih 2,500 tahun dan diasaskan oleh Buddha Shakyamuni, seorang putera dari Utara India. Berbanding dengan tanggapan sesetengah orang, beliau bukanlah watak dari lagenda tetapi merupakan seorang tokoh sejarah. Buddha bermeditasi memikirkan hakikat kehidupan, tentang kewujudan, masyarakat dan keluarga, dan beliau sedar bahawa segala yang kita lakukan dalam kehidupan seharian membawa kepada kesedihan dan keperitan. Beliau sedar bahawa kita terus melakukan perkara yang sama tanpa disedari, membuta-tuli meneruskan kitaran kesedihan dan keperitan.
Menyedari hakikat ini, dan atas kebesaran rasa belas kasihnya, beliau mengajar kaedah dan cara-cara untuk kita menangani kehidupan seharian, cara kita melihat dan berinteraksi dengan persekitaran dan orang lain. Beliau mengajar kita bagaimana untuk menukar reaksi kita untuk mengurangi kesedihan dan keperitan yang kita hasilkan. Matlamat seseorang penganut Buddha adalah untuk mencapai pencerahan, agar kita tidak menambahkan lagi kesengsaraan untuk diri sendiri mahupun yang lain, dan apabila kita telah mencapai tahap tersebut, untuk kita turut membantu orang lain untuk mencapainya juga. Ianya tentang menghapuskan kesengsaraan dari kehidupan kita sendiri terlebih dahulu dan kemudiannya dari kehidupan yang lain. Oleh kerana itulah, pentingnya menghormati seluruh makhluk, haiwan, manusia, budaya dan cara menjalankan kerja. Ini amat ditekankan dalam ajaran Buddha.
Asal-usul Wesak
Menurut sejarah kehidupan Buddha dan cara penyampaian cerita sastera India kuno yang berdasarkan kasta, Putera Siddhartha Gautama adalah dari puak pahlawan Shakya yang dilahirkan secara ajaib dari rusuk Permaisuri Maya saat baginda menumpang berehat pada sepohon Sara, dalam perjalanan baginda pulang ke istana ayahanda dan bondanya. Menjadi kebiasaan para wanita pada ketika itu untuk pulang ke rumah ibubapa mereka untuk bersalin. Dalam perjalanannya, baginda berhenti untuk berehat di sebuah hutan yang dipenuhi bunga-bungaan yang cantik, dengan kicauan burung dan burung-burung merak cantik mengembangkan ekor mereka yang mengagumkan. Lokasi ini kini dikenali sebagai Lumbini, Nepal, sebagaimana penemuan arkeologi terbaru yang mendakwa telah mengenalpasti lokasi sebenar tempat kelahiran Putera Siddhartha.
Sebelum kelahiran Putera Siddharta, bondanya, Permaisuri Maya dari puak Shakya telah bermimpi didatangi seekor gajah bergading enam yang turun dari kayangan. Gajah itu berkulit seputih salji dan belalainya membawa sekuntum bunga teratai yang cantik. Diletakkannya bunga teratai itu ke dalam rahim Permaisuri Maya dan terus ghaib ke dalam perut baginda bersama-sama bunga itu. Apabila terjaga dari mimpinya, baginda dipenuhi kegembiraan dan ketenangan.
Keesokan harinya, Raja Shuddhodana, kekanda kepada Permaisuri Maya, memanggil mengadap kesemua ahli alim ulama dari seluruh jajahannya untuk menafsirkan mimpi tersebut. Mereka memutuskan bahawa permaisuri sedang sedang hamil dengan seorang putera yang bakal menjadi seorang guru atau ketua. Takdirnya, antara menjadi seorang guru spiritual yang hebat dan menyebarkan kebenaran dan jalan untuk mencapai syurga, atau seorang raja yang hebat dan berkuasa yang akan memerintah ke segenap kawasan.
Meneruskan kisah, putera itu dilahirkan penuh petanda bertuah tetapi membesar terkurung dalam istana diraja kerana raja merasakan tepat untuk puteranya menjadi seorang pemerintah yang hebat berbanding seorang guru spiritual. Kemudiannya, putera itu terlihat empat pemerhatian penting, iaitu usia tua, penyakit, kematian dan zahid pertapa berkelana. Melihat semua ini, putera itu menyedari satu-satunya cara untuk menghentikan penyakit, usia tua dan kematian adalah untuk mengabdikan hidup sesorang itu untuk mengejar pencapaian spiritual dan akhirnya mencapai ‘pencerahan’ atau menjadi seorang Buddha, kewujudan yang bebas dari bentuk-bentuk penderitaan tersebut. Pertemuannya dengan seorang tua, seorang yang sakit, sekujur mayat dan zahid pertapa meninggalkan kesan yang mendalam dalam mindanya. Begitu mendalam kesannya sampaikan baginda nekad untuk meninggalkan istana dan pergi bermeditasi di dalam hutan sehingga baginda dapat menemui jawapan yang dicari, dan kaedah untuk menghapuskan penderitaan yang dilihatnya.
Walaupun dengan pelbagai cubaan dari raja untuk menghalang putera itu dari meninggalkan istana, baginda berjaya melarikan diri pada waktu malam bersama pengiring rapatnya Channa dan juga kudanya. Secara misteri, kesemua pengawal dan pengiring istana nyenyak tidur semasa baginda melarikan diri ke hutan. Sebaik selamat sampai ke pinggir hutan, baginda memotong rambut panjangnya, sebagai simbolik melepaskan kehidupan kebendaan dan menyerahkan persalinan dirajanya kepada Channa untuk dipulangkan ke istana.
Dengan penuh nekad untuk mempelajari kebenaran realiti, putera itu menuntut dengan dua orang guru bernama Alara Kalama dan Uddaka Ramaputta. Baginda malah menjalani pertapaan intensif selama enam tahun dan hanya memakan sebutir nasi sehari. Satu hari, semasa sedang bermeditasi di bawah sebuah pohon, Siddhartha terdengar perbualan antara seorang pemuzik tua dan perantis mudanya di dalam sebuah sampan di sungai berhampiran. Pemuzik tua itu memberitahu muridnya jika tali alat muzik itu terlalu tegang, ia akan terputus, manakala jika terlalu kendur, ia akan berbunyi sumbang. Sebaik mendengar kata-kata itu, Siddhartha sedar pertapaan adalah satu jalan yang keterlaluan dan salah. Baginda bangun menuju ke sungai dan membasuh dirinya serta mengambil secawan susu untuk memulihkan tenaganya. Selepas itu, baginda duduk di bawah pohon Bodhi dan bernekad untuk tidak bangkit sehingga baginda mendapat pencerahan penuh. Baginda mendapat pencerahan penuh di bawah pohon Bodhi di usia 35 tahun, dan seterusnya dikenali sebagai Buddha Shakyamuni, permata puak Shakya.
Selama 45 tahun seterusnya selepas pencerahan penuh Buddha, baginda tidak berhenti menyampaikan Dharma kepada semua yang ditemuinya. Apabila mencapai usia 80 tahun, Buddha mendapat sakit kuat dan menunjukkan tanda-tanda pemergiannya. Ananda, sepupu dan pembantu peribadi kepada Buddha, memintanya meninggalkan ajaran akhirnya kepada sangha, dan katanya:
“Oleh itu Ananda, jadilah pulau untuk dirimu, pelindung untuk dirimu, tidak mencarinya pada yang lain; dengan Dharma sebagai pulaumu, dengan Dharma sebagai pelindungmu, tidak mencarinya pada yang lain.”
Di Kushinagar, di antara dua pohon Sal, Buddha baring di atas rusuk kanannya, dengan kepalanya menghadap ke utara dan bertongkatkan tangan kanannya. Walaupun bukan musimnya, pohon-pohon Sal itu berbungga dan kelopak-kelopaknya gugur menaburi tubuh suci Buddha. Setelah memastikan ahli-ahli sangha-nya tahu mereka juga mampu mencapai pencerahan, Buddha pergi ke alam kewujudan tenang nirvana. Kata-kata terakhirnya adalah:
“Semua benda yang terbentuk akan hancur. Berusahalah dengan tekun.”
Hari Wesak di Malaysia
Di Malaysia, terdapat dua cara yang meluas digunakan untuk menyambut Wesak, iaitu memandikan Buddha dan menyertai Perarakan Hari Wesak. Bentuk utama Buddha yang digunakan untuk ritual itu adalah berhala bayi Buddha. Bentuk Buddha Shakyamuni yang ini memakai kain cawat dan tangan kanannya menunding ke udara. Mengikut kisah hidup Buddha, Putera Siddhartha Gautama dilahirkan bersih dan berseri. Sejurus kelahirannya, putera ini telah mengambil tujuh langkah. Bunga teratai muncul mekar di tanah yang telah dijejaki oleh putera ini. Dia mengangkat tangan kanannya dan menunding ke udara sementara tangan kirinya menunding ke tanah dan berkata:
“Akulah ketua di dunia,
Tertua aku di dunia,
Terutama aku di dunia.
Inilah kelahiran terakhir.
Kini tidak ada lagi yang akan mendatangi.”
Berhala bayi Buddha ini selalunya akan dipamerkan dihadapan altar utama di tokong, di dalam besin dipenuhi air dan bunga-bungaan. Para penganut akan menyiram air ke atas berhala tersebut sambil membaca serangkap doa. Upacara mencurahkan air ke atas berhala ini melambangkan pembersihan perbuatan negatif penganut itu sendiri. Selain itu, ia melambangkan kelahiran Buddha di mana tuhan-tuhan di kayangan memberi persembahan kepadanya. Upacara memandikan Buddha ini kebiasaannya dapat dilihat amalannya di tokong-tokong Buddhis Cina Mahayana di Malaysia.
Perarakan Hari Wesak berlangsung di merata tempat di Malaysia. Antara yang paling penting serta menarik ribuan orang ramai dan pelancong, dijalankan di ibu Negara Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.
Di Kuala Lumpur, perarakan terbesar bermula di Tokong Buddhis Maha Vihara di Brickfields, melalui laluan sebelum kembali ke tokong. Sebelum perarakan, penganut Buddha dari tokong-tokong yang berlainan akan menghiasi kereta perarakan yang membawa berhala-berhala Buddha dari tokong mereka, dengan hiasan lampu, bunga-bungaan dan sebagainya. Sesetengah dari kenderaan ini turut membawa sami-sami dari tokong mereka yang akan memberkati mereka yang mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.
Bagi mereka yang ingin menyaksikan permulaan perarakan ini adalah dinasihatkan untuk tiba ke kawasan sekitar Brickfields sekurang-kurangnya tiga jam sebelum perarakan bermula. Jalan-jalan di persekitaran akan mula sesak sebelum perarakan bermula. Tempat terbaik untuk menyaksikan perarakan ini bagi pelancong yang berada di sekitar Bukit Bintang adalah berhampiran bangunan HSBC di Jalan Sultan Ismail, sementara mereka yang di sekitar Chinatown/Jalan Petaling boleh menyaksikan perarakan ini di hadapan bangunan Pasar Seni. Sewaktu perarakan ini kembali dari KLCC, mereka di Chinatown/Jalan Petaling boleh menyaksikannya sepanjang Jalan Pudu berhampiran Pudu Central.
Nilai setiap perbuatan baik yang dilakukan pada hari ini akan dilipat gandakan, malah sehingga 100 juta kali. Oleh sebab itu, waktu ini sangat sesuai untuk kita mendedikasikan diri kita untuk melakukan perkara-perkara yang positif untuk diri kita dan orang lain. Sebagai seorang penganut Buddha, selain daripada mengambil bahagian dalam ritual, berdikir dan melakukan perbuatan baik pada hari Wesak, kita juga harus membuat iltizam untuk mempelajari amalan dan falsafah Buddha, untuk memahami pengajaran dari Buddha, memahami kehidupan dan ajarannya, dan menggunakannya dalam kehidupan kita untuk mengubah minda dan sikap kita terhadap persekitaran dan orang lain.
Or view the video on the server at:
https://video.tsemtulku.com/videos/WesakDay2010.mp4
Sambutan Perayaan
Aktiviti-aktiviti semasa hari Wesak bermula dengan berdikir dari sutra-sutra suci, pembacaan mantra-mantra serta nyanyian gita puja memuji Tiga Mustika Permata: Buddha, Dharma dan Sangha. Ini kerap kali disertai dengan persembahan-persembahan bunga-bungaan dan lilin. Aktiviti selainnya termasuklah perbuatan-perbuatan spiritual positif mengikut tradisi Buddha seperti bermeditasi, pembacaan doa-doa, menziarahi kawasan-kawasan suci yang berkaitan dengan Buddha seperti Bodhgaya, menziarahi guru-guru spiritual, bertahbis selama sebulan, menyelamatkan haiwan dan membuat perkara-perkara amal.
Ramai penganut kuat Buddha melakukan pemakanan vegetarian sehari sebelum hari sebenar perayaan untuk membersih dan menyucikan diri mereka secara fizikal untuk Hari Wesak. Di samping itu, para penganut juga akan melepaskan haiwan seperti kura-kura, ikan dan burung merpati. Perbuatan ini memberi haiwan-haiwan tersebut kebebasan daripada dibunuh, diseksa, dan dikurung tanpa kerelaan, selain menjadi isyarat simbolik membebaskan semua makhluk hidup dari penderitaan, yang juga merupakan matlamat yang hendak dicapai oleh seseorang penganut Buddha dalam amalannya.
Buddha Shakyamuni merupakan seorang putera yang cintakan keamanan, pendukung kasih sayang dan belas ihsan yang merangkumi setiap makhluk yang hidup. Baginda sedar, setiap makhluk yang bernyawa mempunyai rasa sedih, gembira, sayang dan ambil berat. Oleh kerana itu, untuk meraikan belas ihsan Buddha, dan keinginan kita untuk memupuk rasa ihsan tersebut, kita memlepaskan haiwan-haiwan ini sebagai peringatan untuk memberi diri kita sepenuhnya kepada orang lain tanpa mengharapkan ucapan terima kasih sebagai balasan. Inilah makna sebenar dengan menjalani pemakanan vegetarian dan melepaskan haiwan tersebut. Kita boleh melepaskan burung-burung, lembu yang telah dikenalpasti untuk disembelih, ikan-ikan, serangga atau apa saja jenis haiwan yang kita mahu. Malah kita juga boleh memberi derma kepada rumah orang tua, anak-anak yatim, kepada mereka yang bergelandangan, kepada mereka yang kurang upaya atau memberi pakaian dan mainan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Kita boleh melakukan kesemuanya dalam menyambut hari ini, kerana Hari Wesak bukanlah hari untuk kita menerima, sebaliknya ia adalah hari untuk kita memberi.
Terdapat dua peringkat untuk kita memberi penghormatan kepada Buddha: secara luaran dan secara dalaman. Secara luarannya kita boleh membuat persembahan bunga-bungaan, lilin, air, teh, colok dan melakukan penyembahan. Ini merupakan cara yang baik untuk memberi penghormatan kepada Buddha. Apabila kita memberi persembahan dan menunjukkan hormat kepada Buddha, kita mewujudkan tenaga dan penyebab untuk kita sendiri menjadi Buddha di masa hadapan. Apabila kita memberi penghormatan kepada tubuh Buddha, kita berhasrat untuk mencapai tahap kewujudan tubuh yang diberi pencerahan dan bebas dari penyakit. Apabila kita membuat persembahan lilin kepada Buddha, kita membuat persembahan untuk menghilangkan kegelapan, oleh itu kita mewujudkan penyebab supaya kejahilan kita akan disingkirkan dan hikmah kita akan bersinar terang. Memberikan persembahan colok membawa bau harum. Dalam tradisi India kuno, bauan harum melambangkan kita menjaga ikrar dan akhlak baik. Oleh itu, memberi persembahan colok membuatkan sebab untuk hidup penuh seimbang dan bermanfaat dengan menjaga akhlak mulia. Apabila mempersembahkan makanan, kita berdoa agar segala makhluk di dunia dan di alam lainnya bebas dari kelaparan, keperitan, kemiskinan dan penyakit. Oleh sebab itu, dalam ajaran Buddha, apabila kita memberi penghormatan kepada Buddha, ia adalah untuk menjadikan sebab untuk mengatasi keperitan dan menggalakkan kita untuk menumpukan perhatian kepada keperluan orang lain melebihi keperluan kita sendiri.
Secara dalamannya pula, cara terhebat untuk memberi penghormatan kepada Buddha adalah dengan mengurangkan ciri-ciri yang mendatangkan derita, kesengsaraan, persengketaan dan kesusahan kepada persekitaran dan orang lain di sekeliling kita, dari dalam diri kita. Kerana itulah penganut Buddha melakukan amalan-amalan baik pada Hari Wesak, untuk menghasilkan sebab dan merit untuk mencapai tujuan tertinggi perubahan spiritual – supaya akhirnya mencapai Buddha.
Jika tiada tokong yang berhampiran dan kita tidak dapat untuk pergi ke tokong, kita boleh menyediakan tempat pemujaan peribadi di rumah kita. Di tempat pemujaan itu, kita boleh letakkan berhala Buddha yang cantik. Kita bukanlah bersembahyang kepada berhala tersebut tetapi sebaliknya menggunakan berhala tersebut untuk mengingatkan kita kepada nilai-nilai Buddha yang kita ingin capai. Kita boleh membuat persembahan kepada tempat pemujaan ini dan membuat penyembahan. Kita boleh duduk di hadapan tempat pemujaan dengan selesa, mendikirkan sutra-sutra atau membaca doa-doa mengikut tradisi Buddha yang kita ikuti, sama ada dalam bahasa Cina, Tibet atau Inggeris. Jika kita lebih berusia, kita boleh duduk di atas kerusi, jika tidak di atas bantal kusyen atau di atas lantai.
Kemudian, secara dalamannya, kita bertafakur memikirkan perbuatan kita sepanjang tahun sebelum Wesak yang telah mendatangkan musibah kepada orang lain, merenungi perbuatan negatif kita dan mengapa kita melakukannya. Kita memikirkan dengan jelas dan sebaiknya bahawa dengan memberi penghormatan kepad Buddha, kita mengubah nilai-nilai negatif dalam minda kita supaya kita kurang membawa keperitan untuk diri kita dan orang lain. Untuk mengakhiri sesi, kita buatlah satu azam yang utuh kepada Buddha untuk melaksanakan apa yang telah kita janjikan dan mengubah diri kita kepada yang lebih baik. Meditasi ini boleh dilakukan di tokong selepas membuat persembahan atau selepas kita selesai sesi berdikir. Inilah cara yang terbaik untuk meraikan Wesak.
Tokong-tokong
Di Malaysia, Hari Wesak disambut oleh penganut Buddha di seluruh negara. Ia juga disambut hebat di negara-negara di mana ajaran Buddha diamalkan secara meluas seperti Sri Lanka, India, Nepal, Bangladesh, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Cambodia dan Laos. Semenjak ajaran Buddha diperkenalkan di barat, penganut Buddha di sana juga turut meraikan sambutan ini. Walaupun hari Wesak telah disambut sejak berabad lamanya, keputusan untuk menyambut Wesak bagi meraikan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Buddha, hanya diputuskan secara rasmi pada tahun 1950 di persidangan pertama Persaudaraan Buddhis Sedunia di Sri Lanka. Ketetapan itu berbunyi:
“Bahawa Persidangan Persaudaraan Buddhis Sedunia, dalam merakamkan ucapan terima kasih diatas perkenan Yang Amat Mulia, Maharaja Nepal dalam menitahkan hari bulan penuh Vesak sebagai cuti umum di Nepal, dengan ini memohon dengan ikhlas agar Ketua-ketua Kerajaan yang mempunyai penganut ajaran Buddha, sama ada kecil atau besar bilangannya, untuk mengambil langkah untuk menjadikan hari bulan penuh dalam bulan Mei sebagai hari cuti umum untuk menghormati Buddha, yang tersohor diseluruh dunia sebagai salah seorang penyumbang terbesar kepada Kemanusiaan.”
Hari Wesak disambut berdasarkan tarikh qamari atau kalendar bulan di mana tiga peristiwa penting itu dikatakan terjadi. Ia disambut pada hari yang berlainan di negara-negara yang berlainan disebabkan perbezaan dalam kalendar bulan tempatan. Mengikut kalendar qamari-suria (gabungan bulan dan matahari) Asia, tarikh Hari Wesak disambut dalam bulan Vaisakha mengikut kalendar Buddhis dan Hindu. Kerana itulah ia juga dikenali sebagai Vesak. Tarikhnya berbeza setiap tahun kerana setiap tadisi Buddhis yang berlainan menggunakan kalendar bulan yang berbeza-beza untuk menentukan tarikh tersebut. Hari Wesak di Jepun, Korea dan China kebiasaanya jatuh pada tairkh 8 April setiap tahun. Sebaliknya, negara-negara seperti Malaysia, Sri Lanka, Cambodia, Myanmar, Thailand dan Singapura menyambutnya pada bulan Mei.
Setiap tahun di Malaysia, perayaan Hari Wesak bermula sejak subuh di tokong-tokong Buddhis di seluruh Negara. Bergantung kepada tradisi yang diikuti, para penganut Buddha selalunya berkumpul di tokong-tokong untuk menjalankan amalan-amalan baik. Ini termasuklah mengamati lapan ajaran Mahayana, melepaskan haiwan, membuat persembahan kepada sangha, menyalakan lilin, mengangkat sumpah vegetarian dan memberi perlindungan, memberi kepada yang memerlukan, bersedekah kepada tokong-tokong untuk acara-acara Dharma, membina dan menyelenggarakan tokong dan sebagainya.
Terdapat banyak tokong-tokong Buddhis yang sangat aktif semasa Hari Wesak. Di Kuala Lumpur, ini termasuklah Tokong Buddhis Maha Vihara di Brickfields, Tokong Buddhis Thai Chetawan dan Rumah Kechara di Petaling Jaya dan Tokong Buddhis Sri Lanka di Sentul. Di utara Malaysia pula terdapat Persatuan Buddhis Butterworth di Pulau Pinang, sementara di pantai timur semenanjung Malaysia terdapat Tokong Buddhis Wan Fo Tien di Kuantan. Di sebelah selatan Malaysia terdapat Tokong Seck Kia Eenh di Melaka yang pernah menganjurkan perarakan Hari Wesak yang telah disertai oleh 10,000 orang, sementara di Kuching, ibu negeri Sarawak di Timur Malaysia, Tokong Buddhis Poh Ka amat terkenal dengan aktiviti-aktiviti sambutan mereka.
Or view the video on the server at:
https://video.tsemtulku.com/videos/WesakDay2014MahaViharaTemple.mp4
Tokong Buddhis Maha Vihara di Brickfields, Kuala Lumpur
Ditubuhkan pada tahun 1894 oleh masyarakat Sinhalese, Maha Vihara Buddhis telah menyediakan satu ruang untuk memelihara tradisi Theravada Sri Lanka. Ia dikenali penduduk tempatan sebagai Tokong Buddhis Brickfields dan terletak berhampiran Apartment Palm Court di Brickfields.
Setiap tahun, persiapan Wesak bermula sekurang-kurangnya seminggu sebelumnya. Ini termasuklah menghias kenderaan perarakan dengan lampu dan bunga-bungaan sebagai sebahagian daripada sambutan. Di samping itu, gerai-gerai menjual pelbagai jenis barangan dibuka di sekitar tokong, sehari sebelum perayaan bermula.
Penginapan berhampiran Maha Vihara Buddhis
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Perarakan Hari Wesak yang bermula dari Maha Vihara Buddhis atau berhajat untuk mengunjungi tokong ini semasa perayaan berlangsung, berikut merupakan senarai penginapan yang berdekatan dengan tokong itu sendiri.
- Lotus Hotel KL Sentral (0.12 miles/0.2 km)
250, Jalan Tun Sambanthan,
Brickfields, KL Sentral,
50470 Kuala Lumpur,
Malaysia - OYO Rooms Little India Junction (0.12 miles/0.2 km)
Plot No 250, Jalan Tun Sambanthan,
Brickfields, KL Sentral,
50470 Kuala Lumpur,
Malaysia - Brickfields Park Hotel (0.18 miles/0.3 km)
No. 262 A-C, Jalan Tun Sambanthan,
KL Sentral,
50470 Kuala Lumpur,
Malaysia
Cara-cara untuk ke Maha Vihara Buddhis
- Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: 47 minit dengan teksi (33.7 batu/ 54.3 km)
- Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: 28 minit dengan Ekspres KLIA menuju Stesen Sentral KL
- Dari Stesen Sentral Kuala Lumpur: 14 minit berjalan kaki (0.7 batu/ 1.1 km)
- Dari Stesen Tun Sambanthan: 5 minit berjalan kaki (0.2 batu/ 0.4km)
Alamat dan maklumat untuk dihubungi
123, Jalan Berhala,
Brickfields,
50470 Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel: +60 3-2274 1141
Tokong Buddhis Thai Chetawan di Petaling Jaya
Menggunakan reka bentuk tradisional Thai yang halus, Tokong Buddhis Thai Chetawan dibina di kawasan perumahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya. Tokong ini mempunyai bumbung berlapis perlbagai warna, dan beberapa bangunan dan ruang sembahyang yang berbeza untuk para penganut. Terdapat sebuah mata air semulajadi di bahagian belakangnya, yang dapat membantu proses penyembuhan untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Ia juga turut dipanggil sebagai Tokong Siam PJ oleh penduduk tempatan dan dibanjiri orang ramai untuk perayaan dan hari-hari penting seperti Loy Krathong (perayaan bakul terapung) dan Songkran (tahun baru tradisi Thai).
Semasa perayaan Wesak, orang ramai datang ke Tokong ini untuk menerima keberkatan dari sami dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti seperti persembahan daun emas kepada berhala Buddha, meletakkan syilling ke dalam mangkuk sedekah Buddha emas, memandikan bayi Buddha, membunyikan loceng di astaka Guan Yin, membuat jubah persembahan dan sebagainya.
Penginapan berhampiran Tokong Buddhis Thai Chetawan
- Hilton Petaling Jaya (0.5 miles/0.8 km)
2 Jalan Barat,
Petaling Jaya,
46200 Selangor,
Malaysia - Hotel Armada PJ (0.6 Miles/0.96 km)
Lot 6, Lorong Utara C,
Section 52, Petaling Jaya,
46200 Selangor,
Malaysia - Crystal Crown Hotel Petaling Jaya (0.6 Miles/0.96 km)
12, Lorong Utara A,
Off Jalan Utara,
Petaling Jaya,
65352 Selangor,
Malaysia
Cara-cara untuk ke Tokong Buddhis Thai Chetawan
- Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: 49 minit dengan teksi (34.5 batu/55.6 km)
- Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: 28 minit dengan Ekspres KLIA menuju Stesen Sentral KL
- Dari Stesen Sentral Kuala Lumpur: 18 minit dengan KTM menuju Stesen Taman Jaya, berjalan kaki lebih kurang 10 minit
Alamat dan maklumat untuk dihubungi
No. 24 Jalan Pantai,
Off Jalan Gasing,
46000 Petaling Jaya,
Malaysia
Tel: +603 7955 2443
Persatuan Buddhis Rumah Kechara di Petaling Jaya
Rumah Kechara diasaskan oleh Yang Mulia Tsem Rinpoche ke 25 pada tahun 2000. Ia merupakan organisasi Buddhis Tibet yang merupakan sebahagian dari tradisi Gelug yang diasaskan oleh Lama Tsongkhapa. Dengan matlamat dan visi untuk memelihara tradisi ajaran-ajaran yang berharga, Yang Mulia telah mengilhamkan dan membina Kechara Forest Retreat yang damai dan moden di Jalan Chamang, Bentong dalam negeri Pahang, Malaysia. Lebih dikenali sebagai ‘Tokong Lama’ oleh penduduk tempatan, ia merupakan tempat untuk penyembuhan, yang memberi manfaat secara fizikal dan spiritual kepada orang ramai.
Sewaktu perayaan Wesak, para penganut melawati kedua-dua tokong di Petaling Jaya dan juga pusat wacana harmoni (retreat) di Bentong untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti melepaskan haiwan, mengamati lapan ajaran Mahayana dan mengambil sumpah vegetarian. Mereka juga boleh menyaksikan acara yang memberikan inspirasi, iaitu pentahbisan paderi Buddhis yang mengambil sumpah untuk mendedikasikan hidup mereka untuk memberi manfaat kepada yang lain dengan berkongsi ajaran-ajaran Buddha. Di samping itu, upacara Lama Chopa Puja (Sanskrit: Guru Puja) dan sembahyang turut berlangsung pada hari itu untuk meminta agar Yang Mulia diberi kesihatan dan hidup yang panjang, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada seorang penasihat spiritual yang penyayang dan baik hati, yang telah mendedikasikan hidupnya untuk berbakti kepada masyarakat dan umat manusia tanpa mengira penat lelah.
Penginapan berhampiran Persatuan Buddhis Rumah Kechara
- O’Boutique Suites (1.80 Miles/2.90 km)
B2-01, Casa Utama,
PJU6A, Petaling Jaya,
47400 Selangor,
Malaysia - My Home Hotel (2.48 miles/4.00 km)
F-G-5, Pusat Komersial Parklane,
Petaling Jaya,
47301 Selangor,
Malaysia - Eiffel Hotel (4.35 Miles/7.00 km)
12, Lorong Utara A,
No. 21, Jalan SS7/26,
Kelana Jaya, Petaling Jaya,
47301 Selangor,
Malaysia
Cara-cara untuk ke Persatuan Buddhis Rumah Kechara
- Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: 50 minit dengan teksi (37.15 batu/59.80 km)
- Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: 28 minit dengan Ekspres KLIA menuju Stesen Sentral KL
- Dari Stesen Sentral Kuala Lumpur: 1 jam dengan LRT menghala ke Stesen Kelana Jaya, 10 minit dengan teksi ke Kechara House
Alamat dan maklumat untuk dihubungi
No. 7, Jalan PJU 1/3G,
SunwayMas Commercial Center,
47301 Petaling Jaya,
Malaysia
Tel: +603 7803 3908
Penginapan berhampiran Kechara Forest Retreat
- Tumike Hotel (2.92 miles/4.70 km)
P.6-G, Jalan MG3,
Pusat Perniagaan Mutiaramas Gemilang,
28700 Bentong,
Malaysia - Tras Mutiara Hotel (3.17 Miles/5.10 km)
P.22, Jalan MG2,
28700 Bentong,
Malaysia - EV World Hotel (3.48 Miles/5.60 km)
No. 107-108, Jalan Loke Yew,
Off Jalan Utara,
28700 Bentong,
Malaysia
Cara-cara untuk ke Kechara Forest Retreat
From Kuala Lumpur International Airport: 1 hour 55 minutes by cab (82.64 miles/133 km)
Alamat dan maklumat untuk dihubungi
Lot 3189, Jalan Chamang,
28700 Bentong,
Malaysia
Tel: +603 7803 3908
Tokong Buddhis Sri Jayanti di Sentul, Kuala Lumpur
Tokong Buddha Sri Jayanti turut dikenali sebagai Tokong Buddhis Sri Lanka. Ia merupakan Tokong Buddha Theravada Sri Lanka yang terletak di Sentul. Tokong ini adalah sekutu kepada Organisasi Kebajikan Sri Jayanti yang membantu golongan miskin dan memerlukan selain golongan lanjut usia.
Tokong ini juga mempunyai sebuah klinik asas yang menawarkan rundingan percuma untuk golongan kurang bernasib baik, dan sebuah pagoda kolumbarium yang menempatkan abu si mati, berserta bangunan setinggi tiga tingkat untuk tujuan pembelajaran dengan ruang kelas untuk aktiviti dan pengajaran dharma.
Semasa Wesak, tokong ini menyediakan pelbagai aktiviti termasuklah persembahan bunga dan lilin, penerimaan pemberkatan dari sami dan sebagainya. Di luar dewan sembahyang, terdapat sebuah berhala Buddha emas yang dihias indah dengan bunga-bungaan dan lilin untuk penganut-penganut menyampaikan persembahan mereka.
Penginapan berhampiran Tokong Buddhis Sri Jayanti
- Archeotel Hotel (0.08 miles/0.14 km)
No 10 & 12, Jalan Haji Salleh,
51100 Kuala Lumpur,
Malaysia - Archeotel Hotel (0.22 miles/0.37 km)
10, Jalan Haji Salleh,
Sentul,
51100 Kuala Lumpur,
Malaysia - Tamarind Stays (0.29 miles/0.48 km)
E1A-25-7, The Tamarind,
2, Jalan Sentul Indah,
Sentul,
51000 Kuala Lumpur,
Malaysia
Cara-cara untuk ke Tokong Buddhis Sri Jayanti
- Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: 59 minit dengan teksi (39.7 batu/63.9 km)
- Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: 28 minit dengan Ekspres KLIA menuju Stesen Sentral KL
- From Kuala Lumpur Sentral Station: 14 minit dengan KTM menuju Stesen Taman Jaya, berjalan kaki lebih kurang 10 minit
Alamat dan maklumat untuk dihubungi
Jalan Tujuh, Sentul Selatan,
51000 Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel: +016 311 0009
Persatuan Buddhis Butterworth, Butterworth, Pulau Pinang
Tokong Persatuan Buddhis Butterworth terletak dalam kesibukan bandar perindustrian Mak Mandin. Tokong ini mengumpulkan penganut Buddha dari seluruh Butterworth pada Hari Wesak untuk upacara memberkati, sembahyang, persembahan dan ritual seperti memandikan bayi Buddha. Terdapat gerai-gerai makanan di sekitar tokong dan kempen menderma darah sewaktu Hari Wesak untuk menggalakkan vegetarianisma dan sifat kemurahan hati.
Penginapan berhampiran Persatuan Buddhis Butterworth
- Aroma Hotel (1.67 miles/2.7 km)
11, Butterworth Business City Centre,
Jalan Raja Uda,
12300 Butterworth,
Malaysia - De Garden Hotel Butterworth (2.05 miles/3.3 km)
Lorong Cempa (Off Jalan Telaga Air),
12200 Butterworth,
Malaysia - T+ Hotel Butterworth (2.29 miles/3.7 km)
4476, 4477, 4478, Jalan Bagan Luar,
12000 Butterworth,
Malaysia
Cara-cara untuk ke Persatuan Buddhis Butterworth
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang: 32 minit dengan teksi (18.2 batu/ 29.3 km)
Alamat dan maklumat untuk dihubungi
7156, Tingkat Mak Mandin 3,
Mak Mandin,
Butterworth,
Malaysia
Tel: +604 333 4499
Tokong Buddhis Wan Fo Tien, Kuantan, Pahang
Tokong Buddhis Wan Fo Tien, juga dikenali sebagai Dewan Sepuluh Ribu Buddha, adalah bersekutu dengan Persatuan Buddhis Pahang. Dari atas hingga ke bawah dinding di bahagian dalam tokong ini dipenuhi dengan jubin berukiran Buddha. Di atas altar di dalam dewan sembahyang utama, terletak berhala Buddha dari jed putih yang sangat indah.
Pada Hari Wesak, para penganut menyertai sambutan dengan melawat tokong dan mengambil bahagian dalam macam-macam aktiviti seperti ceramah Dharma, berdikir, pameran dan pelbagai amal jariah. Makanan vegetarian dihidangkan, diiringi persembahan-persembahan muzik yang bertempat di taman bersebelahan tokong.
Penginapan berhampiran Tokong Buddhis Wan Fo Tien
- Sri Manja Boutique Hotel (1.67 miles/2.7 km)
B2-34, Jalan IM 7/1,
Bandar Indera Mahkota,
25300 Kuantan,
Malaysia - Arenaa Batik Boutique Hotel (2.29 miles/3.7 km)
E2324-2326, Jalan Dato’ Wong Ah Jang,
25100 Kuantan,
Malaysia - Hotel Sentral Kuantan (2.54 miles/4.1 km)
No. 45-P, Jalan Besar,
Kuantan City,
25000 Kuantan,
Malaysia
Cara-cara untuk ke Tokong Buddhis Wan Fo Tien
Dari Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan: 16 minit dengan teksi (9.87 batu/ 15.9 km)
Alamat dan maklumat untuk dihubungi
Jalan Sungai Lembing,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan
Malaysia
Tel: +609 573 9744
Tokong Seck Kia Eenh, Melaka
Since 1960, Wesak day celebrations in Melaka have been organised by Seck Kia Eenh Temple. The Wesak Day Parade in Melaka attracts many people as it is believed that the late Venerable Ananda Mangala Maha Nayaka Thera would bless the parade vehicles on the eve of Wesak day.
Sejak 1960, sambutan Hari Wesak di Melaka telah dianjurkan oleh Tokong Seck Kia Eenh. Perarakan Hari Wesak di Melaka menarik ramai orang kerana dipercayai mendiang Yang Mulia Ananda Mangala Maha Nayaka Thera akan memberkati kenderaan perarakan pada malam sebelum Hari Wesak.
Perayaan Wesak disambut selama tujuh hari berturut-turut di Tokong Seck Kia Eenh. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pengamatan lapan ajaran Mahayana, ceramah Dharma dan berdikir. Selain itu, tradisi suci ‘Pindapata’ diikuti di mana orang ramai membuat persembahan makanan kepada sangha.
Sebelum perarakan bermula, para penganut akan berkumpul di Tokong Seck Kia Eenh dari jam 5.00 petang untuk turut sama berdikir bacaan doa dan kemudian akan berdiri di samping kenderaan perarakan masing-masing. Pada jam 7.00 petang, perarakan bermula dari tokong di Jalan Gajah Berang, melalui Jalan Tun Perak, Jalan Pengkalan Rama ke Jalan Laksamana menyeberangi jambatan Tan Kim Seng dan bergerak melalui Lorong Hang Jebat, Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren Street) dan akhirnya melalui Jalan Tengkera, sebelum kembali ke tokong. Lebih daripada 30 buah tokong dan persatuan Buddhis menyertai perarakan tersebut yang akan berakhir jam 10.30 malam. Sambutan ini bagaimanapun akan berterusan sepanjang malam dengan pelbagai dikir doa di tokong.
Penginapan berhampiran Tokong Seck Kia Eenh
- Hotel Puri Melaka (0.4 miles/0.64 km)
118, Jalan Tun Tan Cheng Lock,
Jonker,
75200 Malacca
Malaysia - The Baba House Hotel (0.4 miles/0.64 km)
No. 121 – 127, Jalan Tun Tan Cheng Lock,
Jonker,
75200 Malacca
Malaysia - Casa Del Rio Melaka Hotel (0.4 miles/0.64 km)
88, Jalan Kota Laksamana,
Malacca City Center,
75200 Malacca
Malaysia
Cara-cara untuk ke Tokong Seck Kia Eenh
Dari Lapangan Terbang Melaka: 19 minit dengan teksi (5.40 batu/ 8.7 km)
Alamat dan maklumat untuk dihubungi
No. 57, Jalan Gajah Berang,
75200 Melaka,
Malaysia
Tel: +606 283 7440
Tokong Buddhis Poh Ka, Kuching, Sarawak
Tokong Buddhis Poh Ka dibina pada tahun 1900 dan bertempat di Simpang Tiga, Kuching. Ia merupakan salah satu tokong Buddhis tertua di Malaysia. Terdapat perancangan untuk membina bersebelahan dengannya, sebuah bangunan biara setinggi tiga tingkat, yang dipanggil Biara Poh Ka dan dijangka akan siap dalam masa tiga tahun. Perayaan Hari Wesak di Tokong Buddhis Poh Ka menyaksikan para penganut dan pelawat mengambil bahagian dalam upacara sembahyang, berdikir, persembahan dan upacara khas memperingati kehidupan Buddha.
Penginapan berhampiran Tokong Buddhis Poh Ka
- Citadines Uplands Kuching (6 minutes walking distance)
No. 55 Jalan SPG,
93300 Kuching,
Malaysia - Public Lodge Kuching (4 minutes walking distance)
1st & 2nd Floor, Lot 8644, Jalan Simpang Tiga,
93300 Kuching,
Malaysia - Mega Inn (14 minutes walking distance)
King’s Centre, Jalan Simpang Tiga,
93300 Kuching,
Malaysia
Getting to Poh Ka Buddhist Temple
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching: 14 minit dengan teksi (5.28 batu/ 8.5 km)
Alamat dan maklumat untuk dihubungi
No. 2222, Jalan Uplands,
Simpang Tiga,
93200 Kuching,
Sarawak
Tel: +6082 231 007
Kesimpulan
Begitu baik melihat perayaan yang indah ini telah bertapak di Malaysia dan diintegrasikan dengan budaya tempatan namun masih mengekalkan intisari dan kepentingannya. Wesak telah diiktiraf meluas di negara-negara berpegangan Buddha dan tidak di seluruh dunia, namun di Malaysia ia juga merupakan satu hari cuti umum. Sambutan Wesak merupakan sambutan meraikan kebaikan, ketenangan dan belas ihsan kemanusiaan itu sendiri. Sebagaimana ajaran Buddha, menerusi penghormatan kepada Buddha, kita berusaha untuk memperbaiki diri sendiri untuk mencapai nilai-nilai hidup tersebut.
Kita perlulah menghormati tradisi keagamaan orang lain tanpa mengira agama apa yang kita sendiri anuti. Malaysia merupakan satu contoh baik penerimaan dan toleransi agama kerana penganut agama Buddha diberikan kebebasan untuk meraikan hari yang suci ini. Setiap orang berhak mendapat kebahagiaan, belas ihsan dan kasih sayang yang setara tanpa mengambil kira kepercayaan mereka. Kita harus berpegang kepada pemikiran ini dan dunia pasti akan menjadi aman. Beginilah cara kita harus menyambut Wesak – untuk mengukuhkan azam kita untuk menjalani hidup yang kurang dengan penderitaan, mengubah minda kita, mengamalkan sifat ihsan dan membawa keamanan dan keharmonian kepada seluruh umat manusia.
Sumber:
- Rinpoche on National TV2’s Wesak Day Special!
- Appreciation Movie for KH Wesak Fair Volunteers
- Double Rainbow at Kechara Wesak Day Fair
- I Was So Happy Yesterday!!!
- My Thank You Message to Wesak Volunteers 2011
- Special Day!!
- Spiritual Fun at Kechara’s Wesak Fair 2011
- Sunway Pyramid Wesak Fair 2012
- Wesak Day The World Over
- 12,0000 People To Take Part In Wesak Day Procession In Melaka from Malaysiandigest.com
- 5 places to celebrate Wesak Day in Malaysia from Star2.com
- Celebration Of Wesak from Maithri.com
- Devotees help spruce up temple for Wesak celebration from TheStar.com.my
- Everything you need to know about Wesak Day from Expatgo.com/my/
- Vesak from Wikipedia.org
- Wesak Day from Explorer.justenglish.com
- Wesak Day from Officeholidays.com
- Wesak Day 2017 and 2018 from Publicholidays.com.my
- Wesak Day in Asia – Significance and Celebration! from Asiaplacestosee.com
- Wesak Day in Malaysia from Wonderfulmalaysia.com
Untuk pautan yang lebih menarik:
- Rinpoche on National TV2’s Wesak Day Special!
- Thaipusam – The Festival of Lord Murugan
- 25 Mouthwatering Dishes Of Malaysia
- A Muhibbah Celebration: The Lantern Festival Charity Bazaar
- Ready to be scared?
- Cleaning Up Bentong for Malaysia Day
- In the presence of Manjushri | 恩师甘露法雨
- Pilgrimage to Mount Wutai
Please support us so that we can continue to bring you more Dharma:
If you are in the United States, please note that your offerings and contributions are tax deductible. ~ the tsemrinpoche.com blog team
Hope many more Malay readers and speakers will be able to understand about Wesak day which is an integral celebration for Buddhists. I do feel Buddhism adds a lot of dimensions and diversity to Malaysian culture and society.