Kaum India di Malaysia
Saya telah tinggal di Malaysia lebih 20 tahun, dalam pada masa itu, saya telah memupuk satu penghargaan yang besar terhadap budaya dan adat yang wujud di Malaysia, yang telah memberi inspirasi kepada saya untuk lebih banyak menulis tentang kekayaan kebudayaan negara ini.
Kaum India telah mula berhijrah ke rantau ini sebelum penjajahan British lagi, mengembangkan jaringan perdagangan mereka, menyebarkan pengaruh mereka dan mempromosikan kepercayaan mereka. Selepas British memulakan penjajahannya, mereka telah menggalakkan kaum India ke Tanah Melayu di bawah pentadbiran British (British Malaya), atau kini dikenali sebagai Malaysia dan Singapura, untuk bekerja di dalam pelbagai sektor seperti pasukan polis, kerja pentadbiran kerajaan atau sebagai buruh di ladang. Sewaktu perang dan selepas Perang Dunia Kedua (tahun 1936 – 1945), populasi masyarakat India di Malaysia mula berkurangan, kerana kebanyakan kaum India telah pergi berkhidmat di dalam pasukan Tentera Kebangsaan India (Indian National Army) dan banyak institusi British mula meninggalkan British Malaya.
Kini, kita boleh melihat pengaruh India di dalam perlbagai aspek kebudayaan Malaysia, contohnya dalam Bahasa Melayu, masakan Melayu dan di dalam cerita rakyat Melayu. Artikel ini merangkumi sejarah kaum India di Malaysia, perayaan mereka yang unik, tokoh-tokoh India yang terkenal di Malaysia, serta pengaruh India terhadap kebudayaan Malaysia.
Tsem Rinpoche
Penghijrahan Kaum India ke Malaysia
Pemerintahan Pra-Penjajahan British
Sebelum kedatangan Penjajah British, kaum India telah mengembara ke Semenanjung Tanah Melayu (kini dikenali sebagai Malaysia Barat) untuk berdagang, menyebarkan agama mereka, dan mengembangkan pengaruh dan jajahan mereka. Pengaruh India dapat dilihat menerusi kerajaan-kerajaan kuno seperti Kedah Tua, yang dipegaruhi besar agama Hindu sebelum menjadi kesultanan Islam. Kedah pada ketika itu kerap kali dirujuk sebagai Kadaram, dan negeri itu mempunyai hubungan panjang dengan beberapa kerajaan Tamil yang berpengaruh, seperti Dinasti Pallava (Abad ke-4 hingga ke-9 Masihi) dan Dinasti Chola (Abad Ke-9 hingga ke-13 Masihi).
Pada tahun 2015, Maharaja Rajendra Chola I (memerintah dari tahun 1014 – 1044 Masihi) telah mengetuai bala tenteranya dalam menyerang Kerajaan Srivijaya dan lokasi-lokasi lain sekitar Malaysia dan Indonesia kini, untuk melemahkan rantau itu. Hasil dari serangan ini, pedagang Tamil telah mendapat lebih banyak laluan masuk ke negara-negara di Asia Tenggara, termasuklah Malaysia. Empayar Chola memiliki kapal-kapal besar yang berlayar ke Ganges, Malaysia dan Sumatera waktu kini, yang telah memudahkan pergerakan pedagang dan mubaligh India ke kawasan ini. Kini, kesan-kesan interaksi antara masyarakat Kedah Tua dan India masih boleh diperhatikan. Di Tanjore, dahulunya sebuah wilayah jajahan Empayar Chola dan kini sebahagian dari Selatan India, terdapat sebuah kampung bernama Kadaram Kodan. Di kampung tersebut, terdapat sejenis buah oren, kadarangkay atau pulpa-kadaram, yang pada asalnya telah dibawa masuk dari Malaysia.
Sewaktu Pemerintahan Jajahan British
Dalam abad ke-18, British telah mengambil kuasa di Semenanjung Tanah Melayu, dan menggelarkan Malaysia dan Singapura waktu kini, sebagai British Malaya. British telah menggalakkan penghijrahan buruh India ke British Malaya kerana pemahaman am mereka dalam Bahasa Inggeris, dan mereka telah diambil bekerja sebagai tenaga buruh, anggota polis, pedagang, pegawai pentadbiran kerajaan dan anggota tentera. Kebanyakan kaum India yang berhijrah ke British Malaya pada waktu itu kebanyakannya orang lelaki yang telah meninggalkan keluarga mereka di India. Oleh sebab itu, populasi kaum India kerap turun naik kerana mereka datang ke British Malaya untuk bekerja, dan kemudian pulang untuk melawat keluarga mereka atau balik ke kampung.
Pada awal abad ke-20, terdapat kira-kira sebanyak 120,000 orang India yang tinggal di British Malaya. Jumlah itu bertambah lebih dari 433% dalam jangka masa 30 tahun, dengan sebanyak 640,000 orang India menetap di kawasan ini menjelang tahun 1931. Sewaktu Perang Dunia Kedua, kadar perkembangan populasi orang India jatuh ketara, disebabkan kebanyakan mereka terpaksa berkhidmat dalam pasukan tentera. Dari tahun 1931 hingga 1957, populasi orang India di Malaysia hanya meningkat sebanyak 28% kepada kira-kira 820,000 orang.
Selepas kegagalan untuk menubuhkan Malayan Union di antara tahun 1946 dan 1948, Pentadbiran British telah menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, yang telah mengakui status simbolik raja-raja Melayu. Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah mengisytiharkan kemerdekaannya daripada pemeritahan Empayar British, dan menandakan berakhirnya pemerintahan di bawah jajahan British. Setelah Persekutuan Tanah Melayu mengisytiharkan kemerdekaanya, institusi dan pentadbiran British telah meninggalkan negara itu, dan populasi orang India di rantau itu, semakin berkurangan.
Pada 16 September 1963, Persekutuan Malaysia, yang seterusnya dikenali sebagai Malaysia, telah ditubuhkan. Ahli-ahlinya termasuklah bekas anggota Persekutuan Tanah Melayu bersama tiga anggota baru: Singapura, Borneo Utara dan Sarawak. Dua tahun kemudiannya, Singapura telah keluar dari Persekutuan itu.
Pemerintahan Selepas Jajahan British
Hari ni, masih terdapat kemasukan orang India yang berhijrah ke Malaysia. Mereka terdiri daripada perkerja profesional berkolar putih, pekerja kolar biru yang bekerja di restoran-restoran India, dan pasangan warga asing yang telah berkahwin dengan kaum India Malaysia.
Statistik Penduduk
Anggaran jumlah keseluruhan populasi penduduk Malaysia pada bulan Julai 2016 adalah 30,949,962 orang. Dari jumlah ini, 6.7% dari jumlah populasi terdiri daripada kumpulan etnik India, atau kira-kira dua juta orang. 90% daripada masyarakat India di Malaysia terdiri dari kumpulan etnik Tamil. Baki 10% pula terdiri daripada kumpulan etnik Telegu, Malayalee, Punjabi, Gujarati dan Sidhi. Komuniti India dia Malaysia bertutur dalam beberapa dialek bergantung kepada kumpulan etnik mereka, seperti bahasa Tamil, Telegu, Melayu, Hindi dan Punjabi.
Agama
Peneroka India sewaktu zaman pra-kolonial dan kolonial di Malaysia kebanyakannya penganut agama Buddha atau Hindu. Walau bagaimanapun, akibat asimilasi dengan bangsa-bangsa lain, sebahagian dari kaum India telah menganuti kepercayaan lain, seperti Islam dan agama Kristian.
Pengaruh India di dalam Budaya Tempatan di Malaysia
Cerita Rakyat Tempatan
Beberapa buah cerita rakyat Melayu banyak dipengaruhi oleh mitologi India, seperti Mahabhrata dan Ramayana. Cerita-cerita tertua pada asalnya telah ditulis dalam bahasa-bahasa India seperti Sanskrit dan Pallava, contohnya seperti:
- Hikayat Seri Rama – sebuah adaptasi Ramayana, sebuah kisah mitologi India, dengan beberapa perubahan kepada situasi-situasi watak dan personaliti.
- Hikayat Merong Mahawangsa yang turut dikenali sebagai Sejarah Negeri Kedah (The Kedah Annals) – sebuah kisah sastera Tamil yang menceritakan tentang seorang Putera Tamil dan hubungannya dengan kerajaan Kedah. Kisah ini juga menceritakan tentang pedagang dari Empayar Chola dan urusan perdagangan mereka di Kedah.
- Hikayat Panca Tanderan – diadaptasi daripada Panchatantra, sebuah koleksi cerita dongeng haiwan dari India.
- Hikayat Bayan Budiman – •diadaptasi daripada Sukasaptati, sebuah karya kesusateraan India berkenaan seekor burung nuri yang menyampaikan cerita kepada tuannya supaya dia tidak berlaku curang.
Bahasa
Pengaruh India juga ketara dalam bahasa Melayu, memandangkan sesetengah perkataan Melayu mempunyai asal usul dari bahasa Hindi, Sanskrit dan Tamil:
Beberapa perkataan Bahasa Melayu yang berasal dari perbendaharaan kata India:
Perkataan Melayu | Terjemahan Inggeris | Perkataan Asal | Bahasa Asal |
Agama | Religion | Agama | Sanskrit |
Aksara | Alphabet letter | Aksara | Sanskrit |
Anugerah | Grace, blessings | Anugraha | Sanskrit |
Asmara | Passion | Smara | Sanskrit |
Buat | Do | Wuat | Sanskrit |
Bumi | Earth | Bhūmi | Sanskrit |
Cendana | Sandalwood | Candana | Sanskrit |
Dobi | Laundry | Dhobī | Hindi |
Duka | Grief | Dhuka | Sanskrit |
Kapal | Boat | Kappal | Tamil |
Kedai | Stall | Kadai | Tamil |
Kuil | Temple/ shrine | Koyil | Tamil |
Kuda | Horse | Kudda | Sanskrit |
Maha | Great | Maha | Sanskrit |
Mangga | Mango | Mangkai | Tamil |
Wanita | Women | Vanithai | Tamil/ Telugu |
Mutiara | Pearl | Muthu | Tamil |
Kakak | Older sibling | Akka | Tamil |
Perayaan yang berhubung dengan mayarakat India di Malaysia
Thaipusam – Perayaan Dewa Perang
Thaipusam merupakan sebuah perayaan bagi memperingati dewa perang, Dewa Murugan yang juga merupakan anak kepada Parvati dan Dewa Shiva. Perayaan ini disambut sewaktu bulan penuh di bulan Thai dalam kalendar Tamil (antara bulan Januari dan Februari). Pada malam sebelum Thaipusam, para penganut Dewa Murugan akan menjalankan Kavadi Attam, atau Tarian Bebanan (BUrden Dance), di mana penganut menzahirkan penghargaan mereka kepada Dewa Murugan melalui amalan yang menebus dosa. Mereka seringkali membawa periuk berisi susu sebagai persembahan kepada Dewa Murugan, mereka juga mungkin akan menusuk anggota badan mereka. Tidak menghairankan untuk menyaksikan pengikut Dewa Murugan berada dalam keadaan sawai yang dalam sepanjang perayaan tersebut.
Thaipusam disambut di banyak kuil-kuil Hindu di Malaysia, namun acara terbesar kebiasaannya diadakan di Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves.
Deepavali – Perayaan Cahaya
Deepavali atau Diwali adalah Perayaan Cahaya yang disambut setiap tahun pada hari ke-15 di bulan Kartika dalam kalendar Hindu (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini adalah untuk memperingati Dewi Lakshmi, dipercayai sebagai dewi yang mengurniakan kesenangan, kekayaan dan kemakmuran. Sebelum perayaan, penganut Lakshmi akan membersihkan rumah mereka sebagai persediaan menyambut kedatangannya. Banyak kedai dan gerai, seperti yang terdapat di Little India, Brickfields menjual pelbagai perhiasan India untuk hiasan di rumah. Selain itu, pengunjung boleh melihat banyak barang kemas dan pakaian tradisional India yang cantik. Pada malam sebelum Deepavali, para penganut akan bersembahyang kepada Dewi, sama ada di rumah atau di kuil-kuil. Kemudian, mereka akan berkumpul bersama sanak-saudara untuk berjamuan, dan menyalakan pelita minyak yang diperbuat dari tanah liat, sebagai satu simbol kebaikan menumpaskan kejahatan.
Vishu
Vishu adalah sambutan tahun baru bagi kumpulan etnik Malayalee. Id disambut pada hari pertama di bulan Medam dalam kalendar Malayalee (sekitar minggu kedua bulan April). Bagi etnik Malayalee, Vishu merupakan masa yang paling berkat untuk bersembahyang dan membuat persembahan kepada dewa dewi suci Hindu. Sewaktu sambutan acara yang gembira ini, menjadi kebiasaan bagi golongan tua Malayalee untuk memberi kaineetam atau pemberian duit kepada generasi yang lebih muda.
Onam
Onam merupakan perayaan menuai Malayalee yang disambut pada bulan Chingam dalam kalendar Malayalam (antara bulan Ogos dan September). Onam merupakan perayaan menuai yang menyambut penghujung musim menanam padi, dan kepulangan Raja Mahabali, raja hantu yang baik hati, dari alam kubur.
Ugadi
Ugadi merupakan sambutan Tahun Baru bagi kumpulan etnik Telegu. Ia disambut pada bulan Chaitra dalam kalendar Panchanga India (antara bulan Mac dan April). Sebelum menjelang malam Ugadi, kaum Telegu membersihkan rumah mereka, membeli persalinan baru, menghiaskan rumah mereka dengan daun pokok mangga dan rangoli yang berwarna-warni; rekaan corak di lantai yang dihasilkan dari beras, tepung, pasir dan kelopak bunga yang diwarnakan. Pada malam sebelum Ugadi, anggota keluarga yang tertua dalam isi rumah tersebut akan mengetuai keluarga dalam upacara sembahyang kepada dewa dewi Hindu, meminta restu, kesihatan yang baik, kekayaan dan kebahagiaan untuk tahun yang mendatang.
Kawasan-kawasan utama yang berkaitan dengan masyarakat India di Malaysia
Berikut merupakan dua tempat terkenal yang mewakili kebudayaan India di Malaysia.
Little India, Brickfields
Little India terletak dalam jarak berjalan kaki dari Stesen Sentral KL di Brickfields. Kerajaan Malaysia telah merobah sebuah kawasan perumahan di Brickfields menjadi sebuah pusat untuk perniagaan dan komuniti India, menyebabkan kawasan tersebut dikenali sebagai Little India. Pada bulan Oktober 2010, Perdana Menteri India, Manmohan Singh dan Perdana Menteri Malaysia, Mohammed Najib Tun Abdul Razak telah membuka dengan rasminnya, Little India di Brickfields.
Pada hari ini, Little India di Brickfields terentang dari Jalan Travers ke Jalan tun Sambanthan. Terdapat banyak penjual yang menjual makanan, perhiasan, assesori, barang kemas, pakaian dan bahan-bahan India. Little India merupakan satu kawasan yang meriah, dengan ramai penjual yang berniaga hingga lewat malam. Namun begitu, mencari kawasan meletak kereta adalah agak sukar, jadi pengunjung boleh sahaja memilih untuk menaiki tren, turun di Stesen Sentral KL dan berjalan kaki ke Little India.
Mengunjungi Little India, Brickfields
Pengangkutan
Terdapat banyak pilihan pengangkutan untuk ke Little India, Brickfields:
- Monorel – •Pengunjung boleh menaiki KL Monorail dan turun di stesen Tun Sambanthan
- Transit Aliran Ringan (LRT) – Pengunjung boleh menaiki LRT di laluan Kelana Jaya dan turun di stesen KL Sentral.
- Tren – Pengunjung boleh menggunakan laluan KTM Komuter atau Express Rail Link (ERL) dan turun di stesen KL Sentral.
- Bas – Pengunjung boleh memilih untuk menaiki mana-mana bas RapidKL yang melalui Brickfields. Lawati laman RapidKL untuk maklumat lanjut, di http://www.myrapid.com.my/
Penginapan
Sekiranya anda berminat untuk menginap di sekitar Little India di Brickfields, berikut merupakan penginapan yang terdapat di kawasan tersebut (sila selidik dengan lebih lanjut untuk mencari penginapan yang sesuai dengan keperluan anda):
- OYO Rooms Brickfields Little India
Alamat:
My Signature Hotel Little India
130 Jalan Thamby Abdullah
Kuala-Lumpur, KL Sentral, 50470
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Malaysia
Nombor Telefon: +60104011393 - Aloft Kuala Lumpur Sentral Hotel
Alamat:
No. 5 Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Malaysia
Nombor Telefon: +60 3-2723 1188
Batu Caves
Batu Caves, atau juga dikenali sebagai Rock Caves dalam bahasa Ingeris, merupakan sebuah kuil Hindu di Selangor, terletak 13 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur. Kuil ini dibina untuk memperingati Dewa Murugan, dewa perang. Batu Caves menarik jutaan penganut dan pelancong setiap tahun, memandangkan ia merupakan kawasan utama untuk Perayaan Thaipusam. Pengunjung boleh menerima restu dari sami Hindu di kuil ini.
Nama gua ini diambil sempena Sungai Batu, sebatang sungai yang merentasi bukit batu kapur dan tiga gua utama di sekitar lokasi ini. Terdapat tiga gua utama di sini: Gua Kuil atau Gua Gereja, Gua Vila dan Gua Ramayana.
Sri Subramaniar Swamy Temple
Alamat:
Batu Caves
68000 Selangor
Malaysia
Nombor Telefon: +603 6189 6284
Fax: +603 6187 2404
Emel: batu_caves@yahoo.com
Gua Kuil atau Gua Gereja
Gua Kuil merupakan gua terbesar di kawasan ini dan dan didedikasikan khusus untuk Dewa Murugan. Di bahagian luar gua, pengunjung boleh melihat patung Dewa Murugan yang tertinggi di dunia, patung emas yang gah setinggi 42 meter. Untuk mencapai Gua Kuil, pengunjung perlu mendaki 272 anak tangga dari kaki bukit. Tidak ada sebarang bayaran yang dikenakan untuk memasuki Gua Kuil, tetapi pengunjung boleh memberi derma ikhlas jika mahu.
Gua Vila
Gua Vila terletak di kakai Batu Caves dan mengandungi sebuah galeri seni dan muzium yang memaparkan imej dan patung-patung berbagai dewa dewi Hindu. Untuk memasuki Gua Vila, pelancong antarabangsa dikenakan bayaran sebanyak RM15 seorang, sementara rakyat Malaysia sebanyak RM7 seorang.
Gua Ramayana
Gua Ramayana terletak di sebelah kiri bukit batu kapur tersebut. Dalam perjalanan menuju ke Gua Ramayana, pengunjung boleh melihat sebuah patung Hanuman, dewa monyet Hindu dari mitologi Ramayana, yang berwarna hijau setinggi 15 meter. Patung itu kemungkinan dibina di lokasi tersebut disebabkan sejumlah besar monyet yang hidup di Batu Caves.
Selain patung Hanuman, pengunjung juga boleh melihat sebuah kuil yang didedikasikan kepda Dewa Rama, avatar ketujuh Vishnu. Dinding di bahagian dalam Gua Ramayana dipenuhi dengan lukisan yang menggambarkan kisah Ramayana. Untuk memasuki Gua Ramayana, pengunjung dikenakan bayaran RM5 setiap seorang.
Mengunjungi Batu Caves
Batu Caves terletak sekitar 13 kilometer ke utara pusat bandar Kuala Lumpur. Sewaktu perayaan Thaipusam, sebuah perkhidmatan bas khas akan disediakan dari Stesen Sentral KL ke Batu Caves, untuk mengangkut penagnut dan para pengunjung. Pengunjung juga boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan teksi. Satu lagi pilihan adalah dengan menggunakan laluan KTM Komuter (laluan Batu Caves – Seremban) atau, jika pengunjung berada di Bandar Kuala Lumpur, mereka boleh menaiki laluan KTM Komuter dari KL Sentral ke Batu Caves, dengan tambang sehala sebanyak RM2.
Masakan India di Malaysia
Pengaruh India boleh juga dilihat menerusi masakam Malaysia. Memandangkan 90% masyarakat India di Malaysia berasal dari etnik Tamil, sebahagian masakan Malaysia telah dipengaruhi oleh masakan Selatan India, dan telah menjadi masakan yang dipanggil Mamak.
Secara amnya, masakan India Malaysia mengandungi daun kari, rempah ratus seperti bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan kelapa segar. Beberapa contoh masakan India Malaysia termasuklah acar, apam, avail, nasi daun pisang, nasi briyani, roti canai, capati dan banyak lagi.
Jika akan lebih berminat untuk merasai masakan India yang asli, terdapat beberapa restoran India di Malaysia yang anda oleh cuba:
- Spice of India
Alamat:
Level 4 Suria KLCC, Suria KLCC
Jalan Ampang
50088 Kuala Lumpur
Malaysia
Nombor Telefon: +60 3-2164 9221
Waktu Operasi: 11:30AM–10PM - Chappati.com
Alamat:
9B-2, Jalan Kemajuan
Seksyen 13,
Petaling Jaya
46200 Selangor
Malaysia
Nombor Telefon:+60 3-7931 3106
Waktu Operasi:11:30AM–2:30PM, 5:30–10:30PM - Namaste Indian Restaurant
Alamat:
4, Jalan Datuk Sulaiman
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur
Malaysia
Nombor Telefon:+60 3-7724 1195
Waktu Operasi: 10AM–10PM - Sagar Restaurant Sdn. Bhd.
Alamat:
4, Lorong Maarof, Bangsar
59000 Kuala Lumpur
Malaysia
Nombor Telefon:+60 3-2284 2532
Waktu Operasi: 12–3PM, 6–10:30PM
Tokoh-tokoh terkenal berketurunan India
Sepanjang sejarah panjang mereka, kaum India telah memainkan peranan yang besar dan menyumbang kepada kebaikan negara Malaysia. Berikut adalah beberapa tokoh yang terkenal yang berketurunan India.
Tokoh Sejarah
Tun Fatimah
Tun Fatimah merupakan satu-satunya waris Tun Mutahir dari Melaka yang hidup. Dia telah berkahwin kepada seorang lelaki bernama Tun Ali sebelum menjadi isteri ketiga Sultan Mahmud Shah, selepas baginda membunuh kesemua ahli keluarganya. Dia telah keguguran beberapa kali pada beberapa tahun pertama perkahwinannya dengan Sultan Mahmud Shah, disebabkan kesedihannya. Baginda Sultan kemudian berjanji kepadanya, jika dia melahirkan waris lelaki, anaknya itu akan menjadi waris kepada takhta kerajaan. Selepas itu, Tun Fatimah telah melahirkan dua orang putera dan dua orang puteri.
Tun Fatimah merupakan seorang permaisuri yang popular dan berkarisma. Sepanjang dia menjadi permaisuri, dia telah memastikan semua orang yang terlibat dalam pembunuhan keluarganya dihukum, kecuali suaminya sendiri. Selepas Melaka diserang Portugal, kedua orang puteranya telah meninggalkan Melaka dan menubuhkan kesultanan mereka sendiri. Putera pertamanya, Raja Raden Ali telah menubuhkan kesultanan Perak dan putera keduanya, Sultan Alauddin Riayat Shah II telah menubuhkan kesultanan Johor.
Tun Ali dari Melaka (berkhidmat: tahun 1445 – 1456)
Sri Nara Diraja Tun Ali merupakan Perdana Menteri Kesultanan Melaka yang keempat, dan berketurunan Tamil. Dia merupakan satu tokoh yang berkuasa dalam Kesultanan Melaka sehingga apabila kemangkatan tuannya, Raja Sri Parameswara Dewa Shah, juga dikenali sebagai Sultan Abu Syahid Shah (memerintah tahun 1444 – 1446), dia telah menabalkan anak saudaranya, Raja Kassim sebagai sultan baru Melaka dan menganugerahkannya gelaran Sultan Muzaffar Shah (memerintah 1445 – 1459).
Tun Mutahir dari Melaka (berkhidmat: tahun 1500 – 1510)
Tun Mutahir merupakan Perdana Menteri Kesultanan Melaka yang ketujuh. Dia berketurunan Tamil dan merupakan seorang pemimpin Islam. Sewaktu perkhidmatannya, dia telah meletakkan banyak pegawai-pegawai Islam, yang juga merupakan sanak saudaranya, dalam jawatan-jawatan penting kerajaan. Amalan nepotisme ini telah mendapat tentangan dari Raja Mudaliar, syahbandar kepada pelabuhan Melaka, yang menuduh Tun Mutahir merancang untuk merampas takhta. Sebaik mendengar berita ini, pemerintah pada ketika itu, Sultan Mahmud Shah menitahkan agar kesemua ahli keluarga Tun Mutahir dibunuh, kecuali seorang, Tun Fatimah, yang telah baginda kahwini.
Ahli Perniagaan
Tony Fernandez
Tan Sri Anthony Francis Fernandez, atau lebih dikenali sebagai Tony Fernandez, telah dilahirkan pada 30 April 1964 di Kuala Lumpur kepada sebuah keluarga berketurunan India. Dia terkenal kerana menyelamatkan AirAsia, sebuah bekas syarikat pernerbangan yang bersekutu dengan kerajaan, dari gerbang muflis, dan menjadikannya kepada salah satu syarikat penerbangan kos rendah yang teruntung di dunia. Selain dari AirAsia, dia juga merupakan pengasas dan pemegang saham Tune Hotel, sebuah rantaian hotel bajet, serta pasukan Formula Satu Caterham F1.
Ananda Krishnan
Tan Sri Anthony Francis Fernandez, atau lebih dikenali sebagai Tony Fernandez, telah dilahirkan pada 30 April 1964 di Kuala Lumpur kepada sebuah keluarga berketurunan India. Dia terkenal kerana menyelamatkan AirAsia, sebuah bekas syarikat pernerbangan yang bersekutu dengan kerajaan, dari gerbang muflis, dan menjadikannya kepada salah satu syarikat penerbangan kos rendah yang teruntung di dunia. Selain dari AirAsia, dia juga merupakan pengasas dan pemegang saham Tune Hotel, sebuah rantaian hotel bajet, serta pasukan Formula Satu Caterham F1.
Kesenian dan Hiburan
V. Nagaraj
V. Nagaraj merupakan seorang penerbit dan pengarah filem yang terkenal di Malaysia dan dilahirkan pada 20 November 1962 kepada sebuah keluarga berketurunan Tamil. Dia telah bekerja dalam industri hiburan di Malaysia selama lebih 30 tahun dan telah mengarahkan banyak filem Melayu seperti Gila-Gila Remaja, Mati Hidup Semula, Sepi Itu Indah, Keluarga 99 dan banyak lagi. V. Nagaraj telah memenangi anugerah Pengarah Harapan Terbaik untuk filemnya, Ghazal Untuk Rabiah, dan dia juga telah memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem India Malaysia di Chennai.
Aktivis dan pekerja sosial
Ambiga Sreenevasan
Dato’ Ambiga Sreenevasan merupakan seorang peguam dan seorang aktivis hak asasi manusia di Malaysia dan dilahirkan pada tahun 1956 kepada keluarga berketurunan India. Dato’ Ambiga merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan merupakan Pengarah Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti. Dia juga merupakan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia yang ke-24 dari tahun 2007 hingga 2009.
Ahli Politik
Tun Dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamad (1925)
Tun Dato’ Seri Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat (tahun 1981 – 2003) dan kini berkhidmat sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Dilahirkan pada 10 Julai 1925 kepada sebuah keluarga berketurunan India di Kedah, bapanya merupakan seorang pengetua sekolah yang telah mempengaruhi Mahathir untuk tekun belajar di sekolah.
Tun Dato’ Mahathir merupakan salah satu tokoh yang besar dalam bidang politik di Malaysia dan telah banyak memegang jawatan-jawatan penting, seperti ahli Dewan Rakyat (tahun 164 -1969), ahli Dewan Negara (tahun 1972 – 1974), Ketua Setiausaha ke-21 Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Menteri Pendidikan (tahun 1974 – 1977), Menteri Pedagangan dan Industri (tahun 1978 – 1981), Menteri Pertahanan (tahun 1981 – 1986), Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (tahun 1986 – 1999), Menteri Kewangan (tahun 2001 – 2003), Timbalan Perdana Menteri Malaysia keempat (tahun 1976 – 1981), dan sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat (tahun 1981 – 2003).
Devan Nair Chengara Veetil (tahun 1923 – 2005)
Lebih dikenali sebagai C.V. Devan Nair, merupakan Presiden ketiga Singapura. Dia dilahirkan pada 5 Ogos 1923 di Melaka kepada sebuah keluarga yang berasal dari Kerala, India. Semasa dia berusia sepuluh tahun, keluarganya telah berhijrah ke Singapura. Pada tahun 1954, C. V. Devan Nair telah menyertai Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diasaskan oleh Lee Kuan Yew, yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri singapura dari tahun 1959 hingga 1990. Dari situ, dia menjadi seorang tokoh besar dalam politik Malaysia dan Singapura. Sepanjang hidupnya, dia telah menjawat pelbagai jawatan penting, seperti Ketua Setiausaha Parti Tindakan Demokratik di Malaysia (tahun 1965 – 1967), Ketua Setiausaha Parti Tindakan Rakyat Malaysia (1965), ahli Parlimen Malaysia bagi Bungsar, Selangor (tahun 1964 – 1969), dan akhirnya, sebagai Presiden ketiga Singapura dari tahun 1981 hingga 1985.
V.T. Sambanthan (tahun 1919 – 1979)
Tun Thirunyanasambanthan a/l Veerasamy, juga dikenali sebagi T. Sampatang, dilahirkan pada tahun 1919 di Sungai Siput, Perak. Dia merupakan Presiden kelima Kongres India Se-Malaysia (MIC) dari tahun 1955 hingga 1973 dan merupakan salah satu pemimpin yang memainkan peranan yang penting dalam gerakan kemerdekaan Malaysia. V.T. Sambanthan juga dianggap sebagai salah seorang bapa pengasas Malaysia bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman dan Tan Cheng Lock.
Sumber maklumat:
- https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Indian
- http://www.sabrizain.org/malaya/hindu2.htm
- http://www.forbes.com/profile/ananda-krishnan/
- http://www.worldometers.info/world-population/malaysia-population/
- https://www.quora.com/What-are-some-of-the-achievements-of-Chola-dynasty-of-South-India
- http://www.indexmundi.com/malaysia/demographics_profile.html
- http://www.littleindia.com/nri/1781-indians-in-malaysia-an-alienated-community.html
- http://www.indianhighcommission.com.my/index.html
- http://www.malaysia.travel/en/places/states-of-malaysia/kuala-lumpur/little-india-brickfields
- http://minorityrights.org/minorities/indians-2/
- http://www.malaysiasite.nl/indians.htm
- https://en.wikipedia.org/wiki/Tamil_place_names_in_Malaysia
- https://en.wikipedia.org/wiki/Rajendra_Chola_I
- https://en.wikipedia.org/wiki/Panchatantra
- http://www.ibtimes.co.uk/thaipusam-festival-hindus-facial-body-piercings-make-pilgrimage-malaysias-batu-caves-1486368
- http://www.wonderfulmalaysia.com/malaysia-thaipusam-hindu-festival.htm
- http://www.timeanddate.com/holidays/malaysia/deepavali
- http://www.wonderfulmalaysia.com/faq/deepavali.htm
- http://www.rappler.com/life-and-style/travel/45536-kuala-lumpur-ten-places
- http://www.malaysia-traveller.com/batu-caves.html
- http://www.kuala-lumpur.ws/attractions/brickfields.htm
- https://en.wikipedia.org/wiki/Batu_Caves
- https://en.wikipedia.org/wiki/Onam
- http://www.dgreetings.com/ugadi/ugadi.html
- http://www.telugu-malaysia.com/2013/05/kuchipudi-dance-for-ugadi-celebration.html
- https://en.wikipedia.org/wiki/Tun_Ali_of_Malacca
- https://en.wikipedia.org/wiki/Tun_Fatimah#First_Marriage_To_Tun_Ali
- https://en.wikipedia.org/wiki/Tony_Fernandes
- https://en.wikipedia.org/wiki/Ananda_Krishnan
- https://en.wikipedia.org/wiki/V._Nagaraj
- https://en.wikipedia.org/wiki/Devan_Nair
- https://en.wikipedia.org/wiki/Ambiga_Sreenevasan
- https://en.wikipedia.org/wiki/V._T._Sambanthan
- https://asianinspirations.com.au/asian-culture/all-about-malaysian-indian-culture/
- https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Indian_cuisine
Untuk maklumat yang lebih menarik:
- Emperor Ashoka the Great
- Nice Indian Food
- Diwali Celebrations in India
- Thaipusam – The Festival of Lord Murugan
- 10 of the world’s best meditation retreats in India
- Jiddu Krishnamurti – The Freedom Fighter
- The Unwanted Widows of India
- Courtesans of Ancient India
Please support us so that we can continue to bring you more Dharma:
If you are in the United States, please note that your offerings and contributions are tax deductible. ~ the tsemrinpoche.com blog team
DISCLAIMER IN RELATION TO COMMENTS OR POSTS GIVEN BY THIRD PARTIES BELOW
Kindly note that the comments or posts given by third parties in the comment section below do not represent the views of the owner and/or host of this Blog, save for responses specifically given by the owner and/or host. All other comments or posts or any other opinions, discussions or views given below under the comment section do not represent our views and should not be regarded as such. We reserve the right to remove any comments/views which we may find offensive but due to the volume of such comments, the non removal and/or non detection of any such comments/views does not mean that we condone the same.
We do hope that the participants of any comments, posts, opinions, discussions or views below will act responsibly and do not engage nor make any statements which are defamatory in nature or which may incite and contempt or ridicule of any party, individual or their beliefs or to contravene any laws.
Please enter your details