Pesta Perahu Naga: Gabungan Budaya Tradisional dan Moden
Saya telah menetap di Malaysia selama lebih 20 tahun. Selama itu, saya menikmati budaya dan adat resam yang wujud di Malaysia, yang mana telah memberi inspirasi kepada saya untuk berkongsi dengan lebih lagi mengenai aspek-aspek Malaysia yang saya sangat sukai.
Salah satu contohnya ialah Pesta Perahu Naga, yang berasal dari China tetapi telah diserapkan ke dalam budaya Malaysia. Penyerapan budaya ini membuktikan sifat kepelbagaian etnik di dalam populasi Malaysia. Keupayaan untuk merangkul pelbagai adat resam adalah faktor Malaysia sangat kaya dengan identiti budayanya.
Dengan itu, saya berbesar hati menukil artikel mengenai Pesta Perahu Naga, asal-usulnya, bagaimana adat resam ini diasimilasikan ke dalam budaya Malaysia dan bagaimana masyarakat mengambil bahagian dalam pesta ini. Artikel ini juga mengandungi maklumat mengenai zongzi, bebola pulut, yang sangat berkait rapat dengan Pesta Perahu Naga.
Tsem Rinpoche
Asal-usul Pesta Perahu Naga
Pesta Perahu Naga atau Longchuanjie juga dikenali sebagai Tuen Ng, Pesta Duanwu atau Pesta Zhongxiao. Pesta ini dikatakan diadakan bagi meraikan kesetiaan kepada negara dan ketaatan kepada ibu bapa. Secara tradisionalnya, pesta ini disambut pada hari kelima bulan kelima mengikut kalendar Cina. Atas sebab itu, tarikh pesta berbeza dari tahun ke tahun apabila merujuk kalendar Gregory.
Pesta Perahu Naga juga dikenali dengan nama ‘Pesta Bulan Kelima’ atau ‘Dumpling Festival’ di kalangan masyarakat Cina Malaysia, Cina Singapura dan masyarakat Taiwan. Di kalangan komuniti etnik Cina Hokkien, pesta ini juga dikenali sebagai Peh Cun.
Terdapat tiga versi cerita yang mengisahkan asal-usul Pesta Perahu Naga. Ketiga-tiga cerita ini mempunyai pengakhiran tragis yang sama dan memberi iktibar untuk kita renungkan.
Versi 1: Lagenda Qu Yuan (340-278 SM) – Bangsawan yang Baik Hati
Kisah Qu Yuan merupakan kisah asal-usul Pesta Perahu Naga yang paling diterima secara meluas. Qu Yuan ialah seorang bangsawan yang baik hati dari negeri Chu pada zaman China purba dan berdasarkan rekod pakar sejarah terulung Sima Qian, beliau berketurunan kerabat diraja Chu. Pada awalnya, beliau menjadi menteri semasa pemerintahan Raja Chu Huai yang memegang tampuk antara 328-299 SM. Atas pengaruh beberapa menteri yang mengamalkan rasuah, Raja Huai membuang Qu Yuan ke daerah utara Sungai Han. Beliau kemudiannya kembali ke jawatan asalnya dan ditugaskan untuk menjalinkan hubungan diplomatik antara negeri Chu dan negeri Qi, sebuah kerajaan jiran.
Selepas Raja Huai mangkat, penggantinya Raja Qingxian menaiki takhta. Atas ramalan bahawa negeri Qin akan menyerang negeri Chu, Qu Yuan menasihati raja untuk menyertai bala tentera dari negeri Qi untuk melawan mereka. Perdana Menteri pada ketika itu, Zilan tidak gembira dengan usul tersebut dan mencari jalan untuk menghasut Raja Qingxian untuk menentang Qu Yuan. Raja mendengar nasihat Perdana Menteri dan Qu Yuan sekali lagi dibuang negeri, kali ini ke daerah selatan Sungai Yangtze.
Ketika di dalam buangan, Qu Yuan memenuhi masanya dengan mengumpul kisah-kisah lama dan lagenda, juga menulis sajak mengenai kecintaan beliau kepada negaranya. Kini, beberapa hasil karyanya dianggap sebagai antara sajak teragung dalam kesusasteraan Cina.
Penduduk kampung menghormati Qu Yuan kerana mereka melihat beliau sebagai seorang yang bijak dan baik hati. Namun begitu, Qu Yuan tetap risau jika ramalannya mengenai serangan ke atas negeri Chu bakal menjadi kenyataan dan kerisauan ini mengganggu kesihatannya.
Pada 278 SM, mimpi ngeri Qu Yuan menjadi kenyataan. Jeneral Bai Qi dari negeri Qin telah menawan Ying, ibu negeri Chu. Setelah mendengar berita tersebut, Qu Yuan menulis sajak berjudul ‘Ratapan buat Ying’ dan membunuh dirinya dengan terjun ke dalam Sungai Miluo yang terletak di Wilayah Hunan, China. Apabila mereka mendengar berita mengenai kejadian tersebut, penduduk kampung tempatan bergegas ke Sungai Miluo untuk cuba menyelamatkan beliau. Mereka mencari beliau dengan perahu mereka dan memalu dram mereka dalam keadaan terdesak demi menyelamatkan Qu Yuan. Pencarian yang sukar dan tidak keruan ini yang menjadi asal-usul Pesta Perahu Naga.
Ketika pencarian jasad Qu Yuan, penduduk kampung membaling bebola nasi ke dalam sungai untuk menghalau roh jahat dan makhluk di dalam sungai jauh dari jasad beliau. Tidak lama selepas itu, Qu Yuan muncul di dalam mimpi rakannya untuk menjelaskan situasi sekitar kematiannya dan meminta rakannya untuk membalut bebola nasi tersebut di dalam bungkusan sutera yang mempunyai tiga penjuru untuk menenangkan naga. Rakan Qu Yuan menyebarkan berita tersebut dan bermulalah tradisi pembuatannya dan penyembahan bungkusan nasi tiga penjuru kepada naga pada hari kelima bulan kelima kalendar Cina. Kini, bungkusan nasi tiga penjuru tersebut dibalut dengan daun dan dikenali sebagai zongzi.
Versi 2: Wu Zixu (tidak diketahui – 484 SM) – Bangsawan yang Dipulaukan oleh Ketuanya
Di dalam rekod pakar sejarah Sima Qian, Wu Xizu juga dikenali sebagai Wizurai Shen atau Shen Xu. Sebagai penasihat yang dipercayai oleh Raja Wu Helu, beliau mencadangkan kenaikan pangkat buat Bo Pi sebagai menteri, walaupun terdapat amaran berkenaan sifat tidak jujur beliau. Selepas kemangkatan Raja Helu, Wu Xizu tidak dapat menjalin hubungan baik dengan Raja Fuchai. Dengan ramalan bahawa Raja Yue Goujian pada suatu hari nanti akan menyerang negeri Wu, Wu Zixu menasihati Raja Fuchai untuk menawan negeri Yue sebelum ramalan tersebut menjadi kenyataan. Tetapi Raja tidak mempercayai beliau. Lebih malang lagi, Raja Fuchai memilih untuk mendengar nasihat Bo Pi, yang menyarankan keamanan di antara kedua-dua kerajaan tanpa mengetahui bahawa Bo Pi telah dirasuah oleh Raja Yue Goujian untuk memanipulasikan keadaan.
Wu Zixu merayu agar Raja Fuchai menuruti nasihatnya tetapi ianya hanya membuahkan kemarahannya. Raja memberi Wu Xizu sebilah pedang dan mengarahkannya membunuh diri. Sebelum beliau mati, Wu Zixu meminta agar matanya dikeluarkan selepas kematianya dan diletakkan di pintu masuk bandar supaya beliau dapat melihat ramalannya menjadi kenyataan. Namun, Raja Fuchai memerintahkan jasad Wu Zixu dicampakkan ke dalam sungai pada hari kelima bulan kelima. Kira-kira 10 tahun selepas kematiannya, ramalannya menjadi kenyataan. Raja Yue Goujian menyerang dan menawan negeri Wu ketika Raja Fuchai sedang berperang dengan negeri Qi. Kerana terdesak, Raja Fuchai membunuh diri dengan mata tertutup kerana malu untuk bertemu dengan Wu Zixu di alam selepas mati. Ironiknya, Raja Goujian menahan Bo Pi atas tuduhan mengkhianati Raja Fuchai dan menerima rasuah daripada pembesar luar. Sehingga kini, Wu Zixu diingati ketika Pesta Perahu Naga, terutamanya di wilayah tengah pantai timur di China.
Versi 3: Cao (130-143 Masihi) Anak Gadis yang Kehilangan Bapanya
Cao E ialah anak perempuan seorang pawang yang bernama Cao Xu. Suatu hari ketika beliau sedang melangsungkan upacara amal untuk memperingati memori Wu Zixu, Cao Xu terjatuh ke dalam Sungai Shun. Dengan perasaan luluh, Cao E mencari jasad bapanya selama berhari-hari. Lima hari selepas insiden tersebut, kedua-dua jasad Cao E dan Cao Xu dijumpai di dalam sungai tersebut.
Lapan tahun kemudian, orang tempatan membina sebuah tokong di Shangyu bagi memperingati tindakan Cao E sebagai tanda taat kepada orang tua dan Sungai Shun dinamakan Sungai Cao E bagi memperingatinya. Pengorbanan Cao E dikenang ketika Pesta Perahu Naga, terutamanya di Timur Laut Zhejiang, China.
Terdapat perdebatan bahawa kesemua lagenda tersebut dihebahkan oleh cendekiawan Konfusius ketika Zaman China Imperial atas sebab ingin meningkatkan pengaruh mereka. Menurut Professor Wen Yiduo, seorang cendekiawan Cina abad ke-20, Pesta Perahu Naga sebenarnya berasal daripada tradisi penyembahan naga. Perlumbaan Perahu Naga melambangkan tanda penghormatan kepada naga, simbolik kepada tenaga maskulin yang aktif di dunia manakala zongzi digunakan sebagai makanan pelawaan untuk Raja Naga. Oleh kerana masyarakat China purba sangat bergantung kepada aktiviti pertanian untuk hidup, cuaca memainkan peranan yang penting. Naga dikatakan mempunyai keupayaan untuk mengawal cuaca dan atas sebab tu memberi kesan langsung kepada produktiviti pertanian negeri. Dengan memastikan naga gembira, cuaca akan menjadi baik, dan dengan itu membawa kepada hasil tuaian yang banyak bagi kelangsungan hidup masyarakat setempat. Naga sebagai simbol sangat meluas digunakan di kedua-dua negeri Wu dan Yue. Menurut Professor Wen Yiduo, Pesta Perahu Naga merupakan adat resam yang unik buat Wu dan Yue tetapi lama kelamaan menjadi popular ke seluruh China.
Tidak kira bagaimana dan mengapa kisah-kisah lagenda tersebut dihebahkan, Pesta Perahu Naga terus berkembang sehingga ke hari ini.
Bagaimana Pesta Ini Diserapkan di Malaysia
Menurut Jabatan Statistik Malaysia, populasi orang Cina antara tahun 2014 hingga 2016 dianggarkan sebanyak 23.4%. Ia mencecah suku daripada populasi rakyat Malaysia. Adalah sesuatu yang tidak mengejutkan apabila Pesta Perahu Naga telah disambut secara meluas di kalangan pelbagai komuniti di Malaysia termasuk keturunan pendatang Cina.
Kerajaan Malaysia telah menerima Pesta Perahu Naga sebagai temasya penting yang menggalakkan keharmonian bangsa. Badan Promosi Pelancongan Malaysia, sebuah subsidiari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah meletakkan Perlumbaan Perahu Naga di dalam terbitan Temasya dan Pesta Malaysia. Badan Promosi Pelancongan Malaysia telah mengiktiraf Perlumbaan Perahu Naga sebagai:
“… sukan fokus kumpulan yang menggalakkan disiplin, harmoni, kekuatan fizikal dan ketahanan mental… (dan) sukan yang dihormati di mana ia menyemai keharmonian bangsa.”
Aktiviti-aktiviti
Memasak dan Menjamu Bebola Pulut
Keluarga tradisi Cina berkumpul bersama pada setiap tahun untuk membuat zongzi. Selain menganjurkan, menyertai dan menyaksikan perlumbaan Perahu Naga, komuniti Cina Malaysia menyambut Pesta Perahu Naga dengan membuat dan menjamu zongzi. Tradisi ini memperingati masa ketika orang kampung pada zaman China purba melontar bebola nasi ke dalam sungai bagi menenangkan naga dan makhluk sungai, untuk melindungi jasad Menteri Qu Yuan.
Oleh sebab popularitinya, zongzi telah berkembang daripada sejenis ketupat nasi ringkas yang disaluti daun buluh, kepada zongzi yang mengandungi pelbagai jenis inti. Pada masa lalu, zongzi hanya boleh didapati semasa Pesta Perahu Naga. Kini, zongzi boleh didapati sepanjang tahun di tempat-tempat yang mempunyai populasi kaum Cina yang agak ramai. Bentuk zongzi berbeza mengikut tempat, namun secara umumnya zongi dibuat dalam bentuk tiga penjuru. Dalam sebuah keluarga tradisi Cina yang tipikal, membuat zongzi merupakan amalan keluarga. Semua ahli keluarga terlibat dalam proses pembuatannya. Walaupun daun buluh selalunya digunakan sebagai pembalut, daun-daun lain seperti daun jagung, daun pisang dan daun pandan, juga boleh digunakan untuk membalut bebola nasi. Setiap daun memberi rasa dan aroma yang berbeza pada hidangan zongzi ini.
Inti zongzi mungkin berbeza mengikut cita rasa masing-masing, walau bagaimanapun beras pulut selalunya akan digunakan. Membalut zongzi adalah satu bentuk seni tersendiri. Tukang masak dianggap berjaya membuat zongzi apabila nasi dan isinya kekal melekat ketika zongzi dididihkan. Selalunya, resipi dan kemahiran membalut zongzi diturunkan kepada pelbagai generasi dalam keluarga.
Pada hari sebelum Pesta Perahu Naga, keluarga tradisi Cina menawarkan zongzi kepada nenek moyang dan dewa-dewa mereka sebagai tanda penghormatan sebelum mereka sendiri menjamu zongzi.
Zongzi dikenali sebagai Chang di Malaysia. Terdapat beberapa jenis Chang yang selalunya ada di Malaysia:
- Bak Chang: Bak Chang lazimnya mengandungi daging khinzir dengan kuning telur masin, buah berangan, udang kering, dan cendawan, bergantung kepada cita rasa masing-masing. Nasinya selalunya berwarna perang.
- Kiam Tee Chang (ketupat nasi pulut Nyonya): Kiam Tee Chang dianggap sebagai keistimewaan kaum Cina Malaysia. Kiam Tee Chang selalunya mengandungi daging khinzir cincang dan labu air bersama lima rempah dan lada.
- Kee Chang: Pulut biasa dengan air beralkali. Ia selalunya dimakan bersama gula atau air gula dan dianggap sebagai pemanis mulut.
Jika keluarga anda bukanlah keluarga yang berkumpul setiap tahun untuk membuat zongzi, anda masih boleh membeli juadah istimewa yang enak ini. Terdapat banyak tempat yang anda boleh membelinya, walaupu demikian ini adalah senarai tempat-tempat yang diketahui terbaik untuk membeli zongzi:
Ho Yoke Kee
Gerai ini terletak di Jalan Petaling di Kuala Lumpur. Keluarga yang menguruskan gerai ini telah berniaga sejak 1960-an.
Alamat:
No. 327 Jalan Hang Lekir
50000 Kuala Lumpur
Waktu Perniagaan: 7:00 – 22:00
Yook Tho Yin
Restoran ini terletak di Damansara Uptown, dan mereka mengkhusus kepada hidangan makanan Kantonis. Mereka menjual ketupat stail Kantonis yang kecil dan besar. Ketupat besar mereka mempunyai berat hampir satu kilogram setiap satu.
Alamat:
13 Jalan SS 21/37
Damansara Utama
Petaling Jaya
47400 Selangor
Waktu Perniagaan: 10:30 – 15:00 & 18:00 – 23:00
Pasar Imbi
Di dalam Pasar Imbi, terdapat gerai yang telah diusahakan oleh tiga adik-beradik perempuan sejak bertahun-tahun. Mereka menjual Zong, Gan Shui Zong biasa, dan ketupat Nyonya.
Alamat:
12, 6, Jalan Kampung
Pudu
55100 Kuala Lumpur
Waktu Perniagaan: 6:30 – 12:00
Noble Mansion
Noble Mansion menjual zongzi premium yang berintikan bahan-bahan seperti cendawan shiitake dan lingzhi.
Alamat:
1st Floor The Plaza at Jaya 33
1 Jalan Semangat, Seksyen 14
Petaling Jaya
46100 Selangor
Waktu Perniagaan: 11:00-15:00 & 18:00 – 23:00
Menyertai Perlumbaan Perahu Naga
Menurut Festival & Acara Malaysia 2016, Perlumbaan Perahu Naga telah diadakan di tempat-tempat berikut:
- Melaka – sebagai sebahagian acara dalam Festival Antarabangsa Sungai Melaka (25 Mei – 4 Jun 2016) dan Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Melaka (11 Jun 2016)
- Penang – sebagai acara dalam Pesta Perahu Naga Antarabangsa (28-29 Mei 2016)
- Sabah – sebagai acara dalam Perlumbaan Antarabangsa Perahu Naga Sabah FCAS (21-22 Jun 2016)
- Putrajaya – sebagai acara dalam Perlumbaan Antarabangsa Perahu Naga Malaysia (25-26 September 2016)
- Sarawak – sebagai acara dalam Regata Perahu Naga Sarawak (11-13 November 2016)
Sejak penubuhannya, Perlumbaan Perahu Naga telah berkembang menjadi sukan profesional. Acara ini tidak lagi terhad pada bulan kelima dalam kalendar Cina. Beberapa penyelaras perlumbaan Perahu Naga Malaysia, seperti Regata Antarabangsa Perahu Naga Sarawak 2016, telah mengisytiharkan dengan jelas yang mereka mematuhi kaedah-kaedah dan peraturan Persekutuan Perahu Naga Antarabangsa (IDBF) dan Persekutuan Perahu Naga Asia, sebuah subsidiari Majlis Olimpik Asia. Menurut Persekutuan Perahu Naga Antarabangsa, Persatuan Perahu Naga Malaysia telah berdaftar sebagai ahli asas institusi ini sejak 1991.
Perlumbaan Perahu Naga Putrajaya – 300m 22 Kru Akhir 2016
Or view the video on the server at:
https://video.tsemtulku.com/videos/DragonBoatRace.mp4
Persediaan untuk Perlumbaan Perahu Naga
Persiapan Individu
Anda memerlukan kekuatan otot dan paru-paru yang kuat untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan Perahu Naga. Peserta dinasihatkan berlatih untuk kekuatan dan ketahanan agar tubuh badan mereka sudah biasa dan serasi dengan perlumbaan dan terlindung daripada kecederaan.
Persediaan Pasukan
Walaupun setiap pasukan boleh memiliki strategi sendiri bagi meningkatkan peluang untuk menang, kemahiran asas seperti segerakan pasukan dan cara mereka mendayung, adalah prasyarat. Amat dinasihatkan untuk ahli-ahli pasukan berlatih bersama-sama sebelum perlumbaan. Menurut laman sesawang Kalendar Perahu Naga Dunia,
““Pelumba perahu naga yang serius berlatih sepanjang tahun, walaupun pada musim paling sejuk.”
http://www.dragonboatcalendar.com/training.htm
Yuran, Pendaftaran dan Hadiah
Yuran dan pendaftran adalah berdasarkan angka daripada tahun 2016 dan mungkin berubah dari masa ke semasa. Yuran pernyertaan perlumbaan adalah dalam julat RM150-RM300 setiap seorang. Hadiah berupa sama ada trofi, pingat, dan/atau hadiah wang.
Penginapan untuk Peserta
Perlumbaan Perahu Naga lazimnya berlangsung selama empat ke lima hari, termasuk pendaftaran, mesyuarat pasukan, latihan dan lazimnya acara lumba selama dua hari, termasuk satu hari yang dikhaskan untuk bersiar-siar di sekitar kawasan tempatan. Selalunya, penganjur acara turut menguruskan penginapan untuk para peserta.
Keperluan Pakaian
Semasa berlatih atau menyertai perlumbaan Perahu Naga, adalah dinasihatkan untuk memakai persalinan yang tidak menyerap lembapan, seperti fabrik ‘Dry Fit’ dan ‘Coolmax’. Adalah lebih baik untuk memakai pakaian yang ketat kerana baju longgar mudah terseret ketika basah.
Melawat Malaysia
Keperluan Dokumen Perjalanan untuk Memasuki Malaysia
Pelawat yang berhajat untuk melawat Malaysia perlu memastikan passport mereka sah untuk sekurang-kurangnya enam bulan sebelum memasuki Malaysia. Rakyat negara ASEAN (iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam) boleh tinggal di Malaysia sehingga 30 hari tanpa visa.
Pelawat daripada negara lain boleh sama ada memohon visa terlebih dahulu, membayar RM330 untuk Visa on Arrival (VOA) atau diberikan 90 hari permit pelawat ketika ketibaan. Semak dengan Kedutaan Malaysia yang terdekat atau dalam talian untuk keperluan visa sebelum perjalanan. Rakyat Republik China, India, Bangladesh dan Nepal kini layak memohon eVisa.
Pakaian untuk Dipakai di Malaysia
Malaysia ialah sebuah negara tropika, oleh itu kebanyakan orang memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang ringan dan mudah bernafas. Adalah disyorkan untuk membawa beberapa helai baju yang ringan, seluar, cermin mata hitam, topi, baju sejuk, sekurang-kurangnya sehelai tudung atau selendang, juga seluar pendek, baju ‘dress’ dan skirt paras bawah lutut. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk membawa kasut tapak rata atau kasut yang selesa.
Bagaimana Bergerak bila Anda di Malaysia
Anda boleh carter teksi jarak jauh atau bayar mengikut jam, atau menggunakan pengangkutan bas awam yang lebih murah jika anda berada di bandar-bandar utama. Jika anda berada di Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) atau sistem monorel. Mereka yang melawat Melaka, atau Georgetown di Pulau Pinang, boleh mengambil pengalaman menaiki pengangkutan yang lebih tradisional dengan menaiki beca.
Tempat Penginapan Ketika Anda di Malaysia
Mendapatkan tempat untuk tinggal di Malaysia adalah adalah agak mudah. Terdapat banyak hotel, asrama, dan rumah penginapan, yang boleh dipertimbangkan. Pengunjung boleh cuba untuk mencari dalam talian dan melihat ulasan orang lain sebelum membuat tempahan.
Beberapa buah hotel di Pulau Pinang untuk dipertimbangkan:
Bayview Hotel Georgetown
Alamat:
Lebuh Farquhar
George Town
10200 George Town
Pulau Pinang
Malaysia
Nombor Telefon: +60 4-263 3161
Eastern & Oriental Hotel
Alamat:
Lebuh Farquhar
George Town
10200 George Town
Pulau Pinang
Malaysia
Nombor Telefon: +60 4-222 2000
G Hotel Penang
Alamat:
168A, Persiaran Gurney
Pulau Tikus
10250 George Town
Pulau Pinang
Malaysia
Nombor Telefon: +60 4-238 0000
Beberapa buah hotel di Kuala Lumpur untuk dipertimbangkan:
RHR Hotel
Alamat:
Kampus Putrajaya University Tenaga Nasional, KM7
Jalan Ikram-Uniten
43009 Kajang
Selangor
Malaysia
Nombor Telefon: +60 3-8922 2088
Hotel Bangi Putrajaya
Alamat:
Off, Persiaran Bandar
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Malaysia
Nombor Telefon: +60 3-8210 2222
Empress Hotel Sepang
Alamat:
Jalan ST 1c/7
43900 Sepang
Malaysia
Telefon: +60 3-8706 7777
Beberapa buah hotel di sepanjang sungai Melaka untuk dipertimbangkan:
Quayside Hotel
Alamat:
Jalan Merdeka, Bandar Hilir
75000 Melaka
Malaysia
Nombor Telefon: +60 6-284 1001
The Shore @ Malacca River
Alamat:
Kampung Bunga Paya Pantai
75100 Malacca
Malaysia
Nombor Telefon: +60 6-282 2666
906 Riverside Hotel Malacca
Alamat:
52, Jalan Kampung Hulu
75200 Melaka
Malaysia
Telefon: +60 6-282 8906
Sumber maklumat:
- https://en.wikipedia.org/wiki/Qu_Yuan
- https://en.wikipedia.org/wiki/Sima_Qian
- https://en.wikipedia.org/wiki/Wu_Zixu
- http://malaysia.com/duanwu-festival-culture.html
- http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/07/26/chinese-population-continues-to-decline/
- http://www.penangdragonboat.gov.my/portal/
- Malaysia Tourism Promotion Board (Ministry of Tourism and Culture, Malaysia); Malaysia Events & Festivals 2016; December 2015
- http://www.idbf.org/members
- https://sarawaktourism.com/event/sarawak-international-dragon-boat-regatta/
- http://www.ocasia.org/Sports/SportsFed.aspx?PeMZ0l6yoEEW02q3HVv9iEEDm3tIwYs4
- https://en.wikipedia.org/wiki/Zongzi
- http://malaysia.com/blog/chinese-dumplings-chang/index.html
- http://www.mykeuken.com/2011/06/puah-kiam-ti-chang-nyonya-glutinous.html
- http://www.dragonboatcalendar.com/fitness_conditioning.htm
- http://www.dragonboatcalendar.com/training.htm
- http://www.kln.gov.my/web/are_dubai/other_information/-/asset_publisher/2TQe/content/visa-requirements-for-foreigners-application-requirements-forms
- https://www.windowmalaysia.my/evisa/evisa.jsp?lang=en
- http://www.lsa.umich.edu/chinanow/pdfs/FAQs.pdf
- http://travelfashiongirl.com/what-to-wear-in-malaysia/
- http://www.lonelyplanet.com/malaysia/transport/getting-around/local-transport
- http://www.hungrygowhere.my/dining-guide/best-picks/5-best-places-to-get-dumplings-in-kl-*aid-70533101/
- http://www.kuala-lumpur.ws/magazine/jalan-imbi-market.htm
- http://www.hoteltravel.com/malaysia/penang/penang-hotels-and-the-dragon-boat-festival.htm
Untuk maklumat lebih menarik:
- 25 Mouthwatering Dishes of Malaysia
- Thaipusam – The Festival of Lord Murugan
- Pilgrimage to Mount Wutai
- I Visited This Great Temple in Penang
- Why Malaysia?
- Must Visit Temple in Genting Highlands, Malaysia (Chin Swee)
- Kek Lok Tong Cave & Lost World in Ipoh
- Power Place: Jog Falls
- Plum Village
Please support us so that we can continue to bring you more Dharma:
If you are in the United States, please note that your offerings and contributions are tax deductible. ~ the tsemrinpoche.com blog team
DISCLAIMER IN RELATION TO COMMENTS OR POSTS GIVEN BY THIRD PARTIES BELOW
Kindly note that the comments or posts given by third parties in the comment section below do not represent the views of the owner and/or host of this Blog, save for responses specifically given by the owner and/or host. All other comments or posts or any other opinions, discussions or views given below under the comment section do not represent our views and should not be regarded as such. We reserve the right to remove any comments/views which we may find offensive but due to the volume of such comments, the non removal and/or non detection of any such comments/views does not mean that we condone the same.
We do hope that the participants of any comments, posts, opinions, discussions or views below will act responsibly and do not engage nor make any statements which are defamatory in nature or which may incite and contempt or ridicule of any party, individual or their beliefs or to contravene any laws.
Please enter your details